• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjimatan Pembinaan LRT3 Ambil Kira Faktor ‘Menang-Menang’

oleh Ahmad Albab
07/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjimatan dan rasionalisasi kos pembinaan Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sehingga hampir 50 peratus telah mengambil kira faktor saling menguntungkan (menang-menang) semua pihak yang terlibat.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penjimatan kos bagi pihak kerajaan itu bagaimanapun tidak menjejaskan keberkesanan projek berkenaan kepada rakyat dan memenuhi standard piawaian yang ditetapkan.

“Yang lebih penting kalau lihat skop asal, ia LRT tetapi stesennya macam MRT, mengapa kita buat LRT tetapi nak buat stesen macam MRT, apa maksudnya? Bukankah ini satu pembaziran yang kita tak perlu tanggung buat masa ini?” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang ingin tahu sama ada langkah kerajaan ini boleh dikira sebagai satu penjimatan sedangkan banyak skop asal projek telah dikurangkan spesifikasinya.

Sebagai langkah penjimatan, Lim antara lain berkata projek LRT3 sepanjang 37 kilometer akan hanya melibatkan pembelian 22 set 3-koc berbanding 42 set 6-koc sebelum ini dan tempoh siap pembinaan dilanjutkan daripada 2020 ke 2024.

Lim menyifatkan penjimatan kos projek berkenaan yang kini dianggarkan hanya sebanyak RM16.63 bilion berbanding sebelum ini RM31.65 bilion, adalah satu kejayaan besar kerajaan Pakatan Harapan. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngLRT3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Warisi Projek LRT3 Dalam Keadaan Hutang Negara Tinggi – Anthony Loke

Kerajaan Madani Warisi Projek LRT3 Dalam Keadaan Hutang Negara Tinggi – Anthony Loke

29/06/2026
0

SHAH ALAM - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau dan rakyat melahirkan rasa syukur LRT3 Laluan Shah Alam...

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd