• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Issey, Shahrol (Shiro) Muka Baharu Suria FM

oleh Ahmad Albab
06/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAWAK Shahrol (Shiro) dan bekas penyampai Hot Fm, Issey Fazlisham diumum sebagai penyampai baharu segmen Team Suria Pagi bermula Isnin.

Pengurus Kanan Program Suria, Roslinda Abd Majid atau Dj Lin berkata, gabungan tiga jejaka ini merupakan formula baharu bagi menarik jumlah pendengar Suria menerusi radio dan dalam talian.

“Keputusan menggabungkan Fizi, Shahrol dan Issey dibuat setelah mendengar dan menilai keserasian mereka ketika membuat demo ke udara.

“Kami di Suria mengharapkan agar gabungan ini akan memeriahkan suasana pagi pendengar dengan kepetahan dan telatah mereka disamping kandungan program yang lebih menarik dan interaktif,” ujarnya kepada mStar Online pada Isnin.


Issey (kiri) dan Shahrol menceriakan pagi di Suria FM bersama Fizi Ali.

Shahrol dan Issey bakal bergandingan dengan Fizi Ali yang akan bersiaran bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.

Untuk rekod, Shahrol pernah menyertai Suria pada Julai 2017 namun mengambil keputusan tidak menyambung kontrak pada Oktober 2017.

Dalam pada itu, Dj Lin berkata, pembaharuan ini dijangka dapat memperkukuhkan lagi jenama Suria diantara stesen-stesen radio berbahasa Melayu yang lain.

Selain itu, Dj Lin berkata, Suria juga bakal menjemput 100 selebriti untuk ke udara setiap hari bermula pada 6 hingga 31 Ogos menerusi program 100 Selebriti Suria. – mStar Online

Tags: DJ radioSuria FM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sharifah Shahira Melenting, Sindir AME 2019

23/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah melenting di laman Instagramnnya kerana mendakwa tidak diberikan tempat duduk sehingga...

Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak Penyampai Suria FM

22/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Disebabkan masalah disiplin, pelawak popular Shahrol Shiro ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio Suria FM berkuat kuasa pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd