• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangladesh Tutup Akses Internet

oleh Ahmad Albab
06/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DHAKA – Pihak berkuasa Bangladesh menutup akses internet untuk telefon bimbit dan peralatan mudah alih lain di sebahagian besar kawasan di negara itu, demikian menurut beberapa pegawai dan media tempatan semalam.

Tindakan tersebut dilakukan ketika pemerintah cuba menghentikan bantahan besar-besaran oleh pelajar yang bertukar ganas.

Kumpulan pelajar me­nunjuk perasaan sejak seminggu lalu dan me­ngakibatkan beberapa kawasan di ibu kota Bangladesh, Dhaka lumpuh. Mereka membantah kelemahan dalam aspek keselamatan jalan raya selepas dua remaja maut dilanggar sebuah bas yang memecut laju.

Kelmarin, bantahan bertukar ganas di kejiranan Jigatala, Dhaka yang mengakibatkan lebih 100 orang cedera.

Saksi-saksi berkata, polis menembak peluru getah dan gas pemedih mata terhadap kumpulan penunjuk perasaan. Saksi-saksi itu juga me­nuduh aktivis prokerajaan menye­rang golongan belia termasuk mereka yang cuba mendapat rawatan di hospital berhampiran.

Akhbar edaran tertinggi Bangladesh, Prothom Alo melaporkan, per­khidmatan internet 3G dan 4G ditutup selama 24 jam sejak lewat kelmarin selepas keganasan tercetus.

Langkah itu dipercayai merupakan percubaan untuk membataskan ke­upayaan pelajar berkumpul atau menyebarkan mesej kemarahan berhubung cara kerajaan menangani penunjuk perasaan, beberapa jam selepas polis dan kumpulan lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan kayu serta batu bertempur dengan pelajar.

Sektor pengangkutan Bangladesh dianggap sebagai berbahaya, korup dan tidak dikawal selia. Penyebaran berita me­ngenai kematian remaja itu di media sosial menjadi punca meningkatnya kemarahan orang ramai terhadap pemerintah. – AFP/BH ONLINE

Tags: Bangladeshinternet
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd