• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kolej Dari China Intai Peluang Kerjasama IPT Di Perlis

oleh Ahmad Albab
04/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima sembah menghadap delegasi dari Kolej Sam Ma Pao Yunnan, China, yang berhasrat mengadakan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi di negeri ini.

Dalam pertemuan itu, kolej berkenaan menyatakan minat untuk mengadakan program pertukaran pelajar dan kursus jangka pendek dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Selain itu, pihak kolej turut mengintai peluang untuk menjalin kerjasama dengan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Faizuddin selaku Canselor UniMAP dan Yang Dipertua MAIPs bertitah jalinan kerjasama itu diharap mampu meningkatkan keberhasilan dan pencapaian pelajar bagi melahirkan graduan yang berupaya memberi impak serta transformasi kepada masyarakat.

“Masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada seluruh institusi pengajian tinggi dalam melahirkan tenaga kerja yang berinovatif, mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi, menguasai pelbagai bahasa dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan, serta celik teknologi,” titah baginda pada majlis sembah menghadap di Galeri Diraja dekat sini, semalam.

Kolej Sam Ma Pao beroperasi lebih 40 tahun di bandar Kunming, China, memberi pengkhususan dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab hingga ke peringkat diploma.

Delegasi tersebut berada di negara ini selama lima hari bagi meneroka peluang kerjasama di peringkat lebih tinggi untuk graduan mereka melanjutkan pelajaran. – BERNAMA

Tags: kolejPerlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd