• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman CEO PEKA Kes Seleweng RM9.18 Juta

oleh Cj Mnh
03/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan reman bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Pusat Kerjaya Amanjaya (Peka) bagi bantu siasatan penyelewengan berjumlah RM9.18 juta melibatkan anak syarikat kerajaan Perak itu.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus berkata perintah reman tujuh hari terhadap lelaki berusia 43 tahun tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh, di sini hari ini.

“Lelaki berkenaan ditahan awal hari ini di ibu negara susulan laporan yang dibuat oleh Peka terhadap sebuah syarikat konsultan yang didakwa membuat tuntutan palsu melibatkan jutaan ringgit,” katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya siasatan awal mendapati lelaki itu yang ditamatkan kontrak perkhidmatan sebagai CEO Peka pada 20 Jun lalu mempunyai kepentingan dalam syarikat perunding berkenaan iaitu Syarikat Inovatif Sdn Bhd yang berpejabat di ibu negara.

“Jumlah penyelewengan itu membabitkan tuntutan bulanan perkhidmatan konsultan berjumlah RM8 juta, sewaan premis, bil-bil utiliti dan lain-lain bayaran berjumlah RM1.14 juta serta tuntutan ke atas program yang tidak dilaksana berjumlah RM40,000, kesemuanya untuk tempoh lima tahun,” katanya.

Zainul berkata setakat ini pihaknya telah menggeledah beberapa premis termasuk pejabat Peka, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Syarikat Inovatif, Institut Darul Rizduan dan Majlis Bandaraya Ipoh.

“Kita telah menemui beberapa dokumen, invois, surat perjanjian dan kita yakin ada lagi dokumen yang masih belum ditemui,” katanya menambah pihaknya akan memeriksa beberapa premis lagi dalam masa terdekat.

Beliau berkata kira-kira 30 individu akan dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan itu yang dijalankan menurut Seksyen 18 Akta SPRM kerana mengemukakan tuntutan palsu.

Dua hari lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri Howard Lee Chuan How menggesa SPRM menjalankan siasatan terperinci terhadap syarikat konsultan berkenaan selepas seorang anggota Lembaga Pengarah Peka Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menerima notis mahkamah daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkaitan tunggakan caruman selama lapan bulan.

Zainol Fadzi kemudian membuat laporan kepada SPRM. – BERNAMA

Tags: PEKASPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd