• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Konsesi Air Selangor Selesai

oleh Cj Mnh
03/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG – Detik bersejarah tercipta apabila kerajaan negeri Selangor memuktamadkan pengambilalihan syarikat konsesi air oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) bernilai RM2.55 bilion.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata nilai pengambilalihan SPLASH yang ditawarkan itu adalah jumlah pengurangan dengan diskaun sebanyak 28 peratus.

Katanya berdasarkan nilai buku bersih SPLASH pada 30 Jun 2018, adalah sebanyak RM3.54 billion.

“Nilai RM2.55 bilion itu dicapai setelah rundingan selama hampir setahun yang berlangsung di antara pihak Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan SPLASH Holdings.

“Air Selangor akan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM1.9 bilion dan baki pertimbangan sebanyak RM650 juta akan dibayar melalui bayaran ansuran tahunan untuk tempoh selama 9 tahun.

“Pengambilalihan ini tidak membabitkan apa-apa peruntukan kewangan dari dana Kerajaan Negeri Selangor dan telah distrukturkan dengan pembayaran secara jangka panjang,”katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Surat Tawaran Pengambilalihan SPLASH oleh Air Selangor.

Surat tawaran terbabit disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman kepada Pengerusi SPLASH Holdings, Tan Sri Wan Azmi Wan hamzah. – BH Online

Tags: Splash
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Air Percuma Hanya Pada B40 Bukan Sebab Pengambilalihan SPLASH

25/11/2018
0

CYBERJAYA - Kerajaan Selangor menolak dakwaan rancangan untuk menawarkan air percuma 25 meter padu hanya kepada kumpulan B40 berbanding kepada...

Air Selangor Nafi Nilai SPLASH RM250 Juta

10/08/2018
0

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri membayar 10 kali ganda nilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd