Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Heboh.. Resit Kopitiam Terkenal...

KECOH jadinya bila satu resit didakwa dikeluarkan restoran kopitiam terkenal di negara ini, memaparkan menu...

PRN Johor: BN Raih...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan selesa apabila berjaya memperoleh kejayaan...

Gempa Bumi Lombok: 19...

MATARAM - Satu gempa bumi besar berukuran magnitud 7.0 di Pulau Lombok, Indonesia...

2 Gadis Maut, Sempat...

SAAT-SAAT cemas sebelum kedua-dua gadis muda ini maut sempat dirakamkan apabila salah seorang...

Krisis Konsesi Air Selangor Selesai

SUBANG – Detik bersejarah tercipta apabila kerajaan negeri Selangor memuktamadkan pengambilalihan syarikat konsesi air oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) bernilai RM2.55 bilion.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata nilai pengambilalihan SPLASH yang ditawarkan itu adalah jumlah pengurangan dengan diskaun sebanyak 28 peratus.

Katanya berdasarkan nilai buku bersih SPLASH pada 30 Jun 2018, adalah sebanyak RM3.54 billion.

“Nilai RM2.55 bilion itu dicapai setelah rundingan selama hampir setahun yang berlangsung di antara pihak Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan SPLASH Holdings.

“Air Selangor akan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM1.9 bilion dan baki pertimbangan sebanyak RM650 juta akan dibayar melalui bayaran ansuran tahunan untuk tempoh selama 9 tahun.


“Pengambilalihan ini tidak membabitkan apa-apa peruntukan kewangan dari dana Kerajaan Negeri Selangor dan telah distrukturkan dengan pembayaran secara jangka panjang,”katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Surat Tawaran Pengambilalihan SPLASH oleh Air Selangor.

Surat tawaran terbabit disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman kepada Pengerusi SPLASH Holdings, Tan Sri Wan Azmi Wan hamzah. – BH Online

Kategori