• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Peronda Pahang Bawa Pistol Pegun

oleh Cj Mnh
03/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Anggota polis peronda di Pahang digesa membawa pistol pegun ketika bertugas, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman.

Beliau berkata ia melibatkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV).

“Pihak PDRM perlu meminimumkan risiko yang boleh mendatangkan kematian dan kecederaan ke atas suspek, orang tidak siuman, orang yang ganas serta merusuh atau cuba menghalang pegawai polis menjalankan tugas.

“Pengunaan pistol pegun dapat membantu meminimakan risiko kecederaan kepada mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Kursus Pengendalian Pistol Pengun Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang, Abdul Aziz Salleh.

Rosli berkata peruntukan mengikut Seksyen 15(2) Kanun Prosedur Jenayah memerlukan anggota yang melakukan tangkapan supaya bertindak dengan meminimakan risiko yang boleh mendatangkan kecederaan dan kematian ke atas suspek.

Seramai 23 peserta anggota MPV dan URB daripada seluruh Pahang telah menghadiri kursus mengendalikan Taser Gun ini selama tiga hari bermula 1 Ogos lepas.

Beliau menyifatkan kursus itu dapat meningkatkan kemahiran anggota selain memberi keyakinan dalam pengendalian senjata berkenaan. – BERNAMA

Tags: kereta perondapistol pegun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakaman Kereta Peronda Diserang Adalah Video Lama

26/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Rakaman video sebuah kereta peronda polis diserang sekumpulan individu kononnya berlaku pada sambutan Krismas di ibu negara...

Kereta Peronda Polis Terbabas Kejar Suspek

25/02/2018
0

BAGAN SERAI - Dua anggota polis terselamat apabila sebuah kereta peronda polis yang mereka naiki terbabas setelah dihimpit sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd