• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Peronda Polis Terbabas Kejar Suspek

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Dua anggota polis terselamat apabila sebuah kereta peronda polis yang mereka naiki terbabas setelah dihimpit sebuah kereta sewaktu adegan mengejar pencuri di persimpangan lampu isyarat Simpang Tiga, Parit Buntar awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam kejadian 4.15 pagi, dua anggota polis berpangkat koperal telah menerima maklumat awam mengatakan ada sebuah kereta jenis Proton Wira sedang mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di Jalan Siakap, di sini.

Katanya dua anggota berkenaan menaiki kereta peronda jenis Proton Inspira menuju ke lokasi aduan, namun setibanya di sana, kereta mereka hampir dirempuh sebuah kereta dinaiki empat suspek yang cuba melarikan diri ke Pusat Bandar Bagan Serai.

“Kereta suspek terus memecut melalui Jalan Ipoh-Butterworth menghala ke arah Pusat Bandar Parit Buntar, manakala kereta peronda dinaiki anggota polis bertindak mengekorinya sambil meminta bantuan tambahan anggota Unit Kereta Peronda (MPV).

“Ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat Simpang Tiga, Parit Buntar, kereta suspek bertindak menghimpit kereta peronda berkenaan sewaktu cuba dihentikan anggota polis terbabit, lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum melanggar penghadang jalan,” katanya kepada media sewaktu meninjau keadaan kereta peronda itu di Pejabat Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian hari ini.

Omar Bakhtiar berkata kesan kemalangan itu menyebabkan kereta peronda dinaiki dua anggota polis MPV berkenaan mengalami kerosakan di bahagian bonet belakang, lampu belakang, cermin belakang serta tayar dan rod tayar belakang pecah dan patah.

Menurutnya kedua-dua anggota polis berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kereta suspek jenis Proton Wira, berwarna hijau gelap dan nombor pendaftaran tidak dapat dilihat kemudiannya melarikan diri menghala ke Jalan Taiping, Parit Buntar.

“Polis mengenal pasti empat suspek menaiki kereta itu merupakan lelaki Melayu, berumur lingkungan 20 hingga 25 tahun, berbadan kecil dan berpakaian gelap,” katanya.

Omar Bakhtiar berkata, siasatan polis di lokasi kejadian curi kabel di Taman Sri Siakap, Jalan Siakap di sini mendapati sejumlah kabel TM sepanjang 15 meter siap dipotong, ditinggalkan di sisi jalan bersama peralatan memotong oleh kumpulan suspek berkenaan.

Katanya kejadian itu merupakan kali kedua kes curi kabel TM berlaku di kawasan Jalan Siakap, di sini dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Telekom Malaysia.

“Pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak turut dipanggil dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh dan mencuri kabel,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta mana-mana saksi kejadian tampil ke IPD Kerian untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kemalangankereta peronda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd