• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denggi: 1,307 Premis Positif Pembikan Aedes Di Terengganu

oleh Cj Mnh
03/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengenal pasti sebanyak 1,307 premis yang didapati positif pembiakan Aedes di Terengganu setakat Sabtu lalu (28 Julai).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata jumlah itu adalah hasil pemeriksaan 111,957 premis di seluruh negeri setakat ini.

“Bilangan premis yang dikenakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 pindaan 2000 pula ialah sebanyak 778 premis. Daripada 778 premis itu, sebanyak 480 premis telah membayar kompaun tersebut dengan nilai RM83,190,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 190 kes demam denggi dilaporkan di Terengganu setakat ini iaitu penurunan 14 kes berbanding 204 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, sembilan wabak telah berlaku namun hanya tiga lokasi masih berlaku wabak aktif ketika ini iaitu di Kampung Tok Saboh di Besut, serta Gelugor Kedai dan Kampung Padang Kamunting di Kuala Terengganu.

Mengulas lanjut, beliau berkata daerah yang mempunyai bilangan kes denggi tertinggi ialah Besut dengan 88 kes diikuti Kuala Terengganu (44 kes), Kemaman (18 kes), Marang (15 kes), Kuala Nerus (10 kes), Dungun (7 kes), Setiu (4 kes), dan Hulu Terengganu (4 kes).

“Bilangan gotong-royong yang telah dibuat setakat ini ialah sebanyak 212 kali dan operasi membunuh jentik-jentik telah dilakukan di 102,154 premis manakala 76,164 premis pula telah dibuat semburan.

“Orang ramai juga perlu meneruskan pemantauan di sekitar rumah masing-masing untuk mencari dan memusnahkan mana-mana tempat takungan air yang berpotensi menjadi pembiakan nyamuk Aedes ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes DenggiTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd