• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Liwat Anwar: Keputusan Rayuan Diumum Hari Ini

oleh Ahmad Albab
10/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan dijadual mengumumkan keputusannya pagi ini mengenai rayuan akhir penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali, dijangka mengumumkan keputusan itu pada 9 pagi.

Mahkamah tertinggi itu akan memutuskan sama ada membenarkan atau menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan sabitan kesalahan serta hukuman penjara yang dijatuhi Mahkamah Rayuan terhadapnya pada 7 Mac tahun lepas setelah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan beliau.

Sekiranya rayuan beliau ditolak, Anwar akan hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa seseorang anggota parlimen akan hilang kelayakan sekiranya beliau dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.

Pihak pendakwaan juga memfailkan rayuan balas agar hukuman terhadap Anwar ditambah. Bagaimanapun, rayuan balas ini akan hanya didengar sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Anwar diwakili sepasukan 15 peguam diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Empat belas peguam lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R.Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Pasukan pendakwaan diketuai peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang dibantu timbalan pendakwa raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, 30, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Sebanyak 27 saksi pendakwa, termasuk saksi utama Mohd Saiful, dan lapan saksi pihak pembelaan, termasuk Anwar, memberi keterangan pada perbicaran ini, yang berlangsung selama hampir tiga tahun di Mahkamah Tinggi dan menarik minat seluruh dunia.

Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut dengan alasan ia tidak 100 peratus pasti tentang integriti sampel yang diambil bagi ujian DNA daripada Mohd Saiful.

Mahkamah itu juga berpendapat sampel itu mungkin dikompromi sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk tujuan analisis.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi itu dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful serta memberi alasan hakim perbicaraan terkhilaf dalam keputusan beliau tentang sampel berkenaan, yang dibuat berdasarkan keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahimkes liwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd