• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Syed Saddiq Amat Tidak Bertanggungjawab

oleh Cj Mnh
02/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO menegur kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Parlimen, yang didakwa melabelkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia sebagai ‘macai’ politik.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Syed Saddiq perlu berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan ketika berbahas pada sidang Dewan Rakyat.

“Menuduh NGO belia seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Belia 4B dan Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai macai politik adalah kata-kata yang amat tidak bertanggungjawab daripada seorang yang bersifat negarawan.

“Apabila dilantik sebagai anggota pentadbiran, menteri, beliau (Syed Saddiq) perlu berjiwa negarawan.

“Takkanlah setiap masa apabila mereka kritik kerajaan, kita melabelkan mereka dengan pelbagai gelaran,” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

Asyraf Wajdi turut menasihatkan Syed Saddiq supaya melihat sesuatu isu di luar kepompong kepartian dan bermotifkan politik.

Katanya, ia susulan NGO belia mewakili suara anak muda yang membangunkan bakat kepemimpinan negara yang ada kalanya akan menyokong sesuatu dasar dan ada kalanya ‘bersikap panas’ dengan mengkritik.

“Seharusnya mereka dinilai secara adil dan tidak sewenangnya digelar macai politik yang tidak bermoral dalam institusi Parlimen dan (tuduhan) datang pula daripada seorang Menteri.

“Takkan selepas dua bulan dalam kerajaan, ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) melontarkan kata-kata yang hakikatnya, bagi saya tidak bertanggungjwab dan tidak bersifat seorang Ahli Parlimen yang beradab dan punya nilai moral tinggi,” katanya. – BH Online

Tags: Datuk Dr Asyraf Wajdi DusukiSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd