• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biarpun Bertiga, Kami Akan Jadi Pembangkang Dinamik

oleh
02/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Biarpun suasana agak berbeza pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini dengan hanya ditemani dua wakil rakyat muka baharu, Ketua Pembangkang Muhammad Yusoff Mohd Noor menegaskan mereka akan menjadi pembangkang yang dinamik.

Muhammad Yusoff yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua berkata pembangkang di Pulau Pinang juga akan menyemak segala projek dan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan memastikan mereka (kerajaan) menjaga permasalahan yang dihadapi rakyat.

“Kami akan memberi teguran dan nasihat dengan cara yang baik untuk memastikan pembangunan yang dibuat adalah pembangunan yang mampan yang menjaga alam sekitar.

“Ya…tidak dinafikan tugas dan tanggungjawab kali ini amat berat berbanding dahulu kerana dahulu kita ada 10 wakil rakyat bagaimanapun kami akan tetap bangkit demi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah ADUN bagi Mesyuarat Penggal pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kali ke-14 di sini hari ini.

Muhammad Yusoff berkata antara perkara yang akan dibangkitkan pembangkang pada sesi persidangan kali ini ialah isu-isu berkaitan banjir, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), isu perumahan serta golongan miskin.

“Kami juga menyentuh tentang orang muda miskin yang perlu diberi bantuan dari segi pelaksanaan konteks ekonomi untuk ditambah pendapatan, hal berkaitan banjir yang belum selesai, kami akan terus bangkitkan isu ini, isu penarahan bukit juga kami akan terus bangkitkan supaya kerajaan negeri melihat perkara ini sebagai satu benda yang perlu diberi perhatian, tidak boleh hendak membuat pembangunan tanpa melihat kepentingan penduduk,” katanya.

Sementara itu berhubung pelantikan Yang Dipertua Dewan Datuk Law Choo Kiang, Muhammad Yusoff berkata pihak pembangkang menyokong pelantikan itu.

“Bagi saya beliau (Law) speaker yang cukup baik, berdasarkan pengalaman tahun lepas memang beliau speaker yang tegas dan dia tidak memilih parti, maknanya dia bagi peluang pada semua orang,” katanya.

Ditanya sama ada UMNO akan menerima jawatan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) DUN, Muhammad Yusoff berkata menurut manifesto Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini, ketua pembangkang akan menjadi pengerusi PAC.

“Kami akan terima tawaran itu jika ditawarkan dan kami akan melihat apakah masalah dalam jawatankuasa ini, mencari apa-apa kelemahan yang ada yang perlu dibaiki,” katanya. – BERNAMA

Tags: pembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd