• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Pertahan Pakej Gaji RM5 Juta Untuk Arul Kanda

oleh Cj Mnh
01/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempertahankan pakej gaji RM5 juta yang diberi kepada bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

Menurut beliau, Arul sebenarnya mendapat gaji lebih rendah ketika berkhidmat dengan 1MDB berbanding jumlah yang diterimanya ketika bertugas dengan sebuah bank di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Najib berkata Arul sanggup menerima gaji jauh lebih rendah untuk bertugas dengan 1MDB dan malah berjaya mengurangkan hutang syarikat milik negara itu daripada RM50 bilion kepada RM30 bilion.

“Maka, beliau telah menunaikan sebahagian daripada tanggungjawabnya. Anda perlu melihat dalam konteks bahawa jumlah yang dibayar kepadanya adalah jauh lebih kecil daripada yang beliau dapat sebelum menyertai 1MDB,” kata Najib kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu Dewan Rakyat bahawa Najib meluluskan pakej gaji RM5 juta untuk Arul.

Menurut Lim, separuh daripada bayaran itu telah dijelaskan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini. – BERNAMA

Tags: Arul Kanda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib, Arul Kanda Kekal Bebas Tuduhan Pinda Laporan 1MDB

Najib, Arul Kanda Kekal Bebas Tuduhan Pinda Laporan 1MDB

12/09/2023
0

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda...

Najib, Arul Kanda Bebas Tuduhan Pinda Laporan Audit 1MDB

03/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd