• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Jumpa Ibu Bapa Adam Rayqal Di Parlimen

oleh
01/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini meluangkan masa bertemu ibu bapa Adam Rayqal Mohd Sufi di pejabatnya di bangunan Parlimen, di sini.

Pertemuan yang berlangsung kira-kira 30 minit itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

Ketika ditemui pemberita, Yeoh berkata dalam perjumpaan itu antara lain, ibu bapa Adam diberi penerangan berhubung pelbagai langkah diambil kerajaan susulan kematian anak mereka yang disyaki dibunuh selepas ditemukan mati, lengkap berpakaian dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah pengasuhnya.

“Kami sedang buat sebaik mungkin supaya pemergian Adam ini tak sia-sia,” katanya kepada sidang media yang turut dihadiri ibu bapa bayi berusia lima bulan itu, Mohd Sufi dan Farrah Madihah Othman.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini dilapor menyifatkan kes pembunuhan Adam yang kini masih dalam siasatan sebagai satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Susulan kes berkenaan, Yeoh berkata, antara lain semua agensi kerajaan bermula Januari tahun depan disasar mempunyai tempat asuhan kanak-kanak masing-masing, selain cadangan penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak.

“Kita juga akan perkasakan Daftar Kanak-kanak sedia ada…supaya pengasuh kanak-kanak ini akan ada rekod, macam daftar pesalah seks. Ini supaya ibu bapa tahu bahawa anak mereka dalam jagaan orang yang tak ada rekod jenayah, ini penting,” katanya. — BERNAMA

Tags: Adam Rayqal Mohd. SufiWan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd