• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Bebas Jel Israel Tiba Di Tanah Air

oleh
01/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Wakil tunggal sukarelawan Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh yang ditahan tentera Israel di Penjara Givon, berasa seperti berada di zon perang ketika kapal flotila Al-Awda membawa ubat-ubatan ke Gaza ditawan tentera Israel pada kedudukan 49 batu nautika dari perairan Gaza.

Mohd Afandi yang ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini, berkata kapal berkenaan dikepung 12 bot tentera laut Israel termasuk tiga kapal perang biarpun hanya bawa bekalan ubat, sedangkan semua benda yang boleh ancam keselamatan tentera Israel sudah dicampak ke laut.

“Malah garpu juga saya campak ke laut kerana tidak mahu tentera Israel berasa terancam. Namun kapal kami tetap dikepung dengan tentera bersenjatakan mesingan dan diarahkan belayar ke perairan Israel,” katanya.

Timbalan Dekan Fakulti Undang-Un­dang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berusia 47 tahun yang menetap di Terengganu itu selamat tiba di tanah air selepas dibebaskan oleh tentera negara berkenaan pada Isnin.

Mohd Afandi dibebaskan selepas ditahan di penjara Israel selama kira-kira 36 jam.

Beliau tiba di KLIA pada 7.40 malam dengan pesawat Thai Airways dari Bangkok. Sebelum itu, Mohd Afandi menaiki pesawat Israel, Airlines El Al dari Tel Aviv ke Bangkok.

Jelasnya, beliau dibebaskan tentera Israel selepas dipaksa menandatangani surat perakuan bahawa dia menceroboh perairan Israel.

“Saya meminta untuk menandatangani surat akuan itu di hadapan peguam saya. Ia bukan bermakna saya mengakui kesalahan itu tetapi saya perlu keluar dan pulang ke tanah air kerana risaukan kesihatan ibu di Terengganu,” katanya.

Mohd Afandi berkata pihak berkuasa Israel membelikan tiket penerbangan ke Malaysia dan ketika transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, beliau meminta pertolongan seorang pelancong rakyat Malaysia bernama Darren untuk menghantar Whatsapp kepada isterinya bahawa dia akan pulang hari ini.

Kesemua wang tunai sebanyak 496 euro dan telefon bimbit dirampas tentera Israel. Saya pulang dengan tidak membawa apa-apa, katanya.

Mohd Afandi berlepas dari KLIA pada 15 Julai untuk menyertai misi kapal flotila Al-Awda yang membawa 116 kotak ubat-ubatan ke Gaza.

Misi tersebut dikenali sebagai solidariti flotila ‘Right to A Just Future for Palestine’.

Kapal flotila Al-Awda yang berlayar menggunakan bendera Norway membawa 22 aktivis dari 16 negara termasuk penyokong hak asasi manusia, wartawan dan krew turut membawa kargo ubat-ubatan bernilai 13,000  euro (RM61,554) bagi diserahkan kepada penduduk Gaza melalui program #Gauze4Gaza.

Bagaimanapun kapal berkenaan ditawan tentera Israel pada 29 Julai, iaitu hari kesembilan pelayaran dan kesemua sukarelawan ditahan dalam penjara Givon di Israel. – BERNAMA

Tags: flotilaGazaIsrael
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd