• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Dikhuatiri Maut, 3 Cedera Kebakaran Di Sentul

oleh
01/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang dikhuatiri maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran di sebuah kedai motosikal di Jalan Sentul di sini malam ini.

Tiga lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai pemilik kedai motosikal itu, seorang pekerjanya dan pembekal alat ganti motosikal yang masing-masing dihantar ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

Isteri pemilik kedai motosikal itu bagaimanapun belum ditemui dan dikhuatiri maut di dalam kedai berkenaan.

Menurut seorang pekerja kedai motosikal itu yang mahu dikenali sebagai Iskandar, 28, sebelum kejadian kira-kira 8.30 malam, majikannya iaitu suami isteri berkenaan bertengkar dengan seorang pembekal barangan alat ganti motosikal.

“Lelaki itu memasuki kedai dan bergaduh bersama tauke saya sebelum keluar dari tempat ini. Tidak lama kemudian, lelaki itu memasuki kedai ini semula dan saya terdengar bunyi letupan sebelum berlaku kebakaran beberapa minit selepas itu,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Iskandar yang merupakan orang kurang upaya kerana kaki kanannya kudung keluar menyelamatkan diri selepas melihat kebakaran berkenaan.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama Polis Diraja Malaysia dan pasukan medik masih giat menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.

Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata seramai 34 anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Titiwangsa dan Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan mengenai kejadian pada 8.42 malam.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah bangunan rumah kedai tiga tingkat dan terdapat mangsa cedera,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd