• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Bakal Mansuh Tambang Feri

oleh Cj Mnh
31/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan Sarawak akan memansuhkan pembayaran tambang feri di negeri ini pada tahun depan bagi membolehkan pengguna terutama luar bandar menikmati kemudahan itu secara percuma.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sebelum ini, ketika zaman Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau Tok Nan memerintah, beliau sudah memansuhkan semua tol di negeri ini.

Katanya, apabila beliau menggantikan Tok Nan, polisi meringankan beban rakyat diteruskan dan salah satu usaha diambil ialah menghapuskan tambang feri.

“Pada tahun depan, kita akan hapuskan bayaran feri iaitu bermakna tiada bayaran dikenakan kepada pengguna perkhidmatan tersebut.

“Saya sudah mengarahkan Tan Sri Dr. James Jemut Masing (Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan negeri) untuk mengira kos perlu dibayar oleh kerajaan negeri kepada pengusaha feri jika bayaran perkhimatan mereka dihapuskan nanti,” katanya dalam ucapan semasa Majlis Minum Petang Bersama Media, di sini hari ini.

Majlis perjumpaan itu diadakan sempena genap setahun enam bulan beliau mengetuai kerajaan negeri selepas menggantikan Allahyarham Tok Nan sejak memenangi Pilihan Raya Negeri pada Januari 2016.

Mengulas lanjut Abang Johari berkata, setakat ini, beliau sudah melawat 157 kawasan terpencil di luar bandar dan mendapati penduduk di kawasan ini amat memerlukan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik.

Katanya, paling kritikal ialah keperluan bekalan air bersih dan beliau telah meluluskan peruntukan RM1 bilion untuk penyelesaian jangka pendek bagi masalah itu, manakala projek saluran paip grid daripada empangan ke rumah penduduk bagi jangka panjang.

Tambahnya, disebabkan mengutamakan pembangunan infrastruktur di luar bandar, beliau menangguhkan dahulu rancangan pembinaan sistem transit aliran ringan (LRT) yang dicadangkan sebelum ini.

“Projek LRT hanya akan dilaksanakan jika benar-benar ada keperluan, misalnya berlaku kesesakan teruk di kawasan tumpuan seperti dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kota Samarahan ke Kuching atau Serian ke Kuching,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Feritambang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Tambang Feri Ke Langkawi Bagi Warga Malaysia Dibatalkan

Kenaikan Tambang Feri Ke Langkawi Bagi Warga Malaysia Dibatalkan

15/12/2024
0

ALOR SETAR - Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd