• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Indonesia Bersikap Biadab Lagi!

oleh Ahmad Albab
31/07/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Belum pun reda dengan insiden serangan balingan botol ke atas skuad Bawah 19 tahun (B-19), penyokong Indonesia seakan tidak serik apabila terus melakukan provokasi melampau kepada skuad bola sepak negara.

Kali ini, giliran skuad B-16 pula menjadi mangsa apabila ‘didendangkan’ dengan sorakan yang menghina dan kesat pada aksi Kejuaraan B-16 Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) 2018 di Stadium Joko Samudro, Surabaya, malam tadi.

Meskipun aksi membabitkan Malaysia bertemu Thailand, namun penyokong Indonesia nyata lebih berkobar-kobar untuk beri ‘sokongan’ apabila melaungkan ‘Malaysia itu anjing’ dan juga ‘Amirul itu anjing’ pada perlawanan itu.

Provokasi itu dilihat berpunca susulan pemain muda negara, Amirul Ashrafiq Hanifah yang dituduh menghina bendera Indonesia apabila meletakkan bendera terbalik dalam Instagram Story miliknya ketika membuat ucapan ringkas sebelum berlepas ke Surabaya.

Namun, Amirul sudah menyatakan permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan ia bukan provokasi sebaliknya hanya kesilapan meletakkan bendera Poland.

Pada aksi itu, anak buah Raja Azlan Shah Raja So’ib membuka kempen mereka dengan langkah kiri apabila tumbang 1-2 di tangan juara tiga kali, Thailand.

Provokasi terbaharu itu sudah pasti mengundang hukuman terhadap Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) memandangkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pernah didenda atas kesalahan sama sebelum ini.

FAM didenda AS$30,000 (RM121,000) oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) apabila penyokong Malaysia melaungkan sorakan ‘anjing’ kepada penyokong Brunei dan Singapura pada Sukan SEA 2017.

Penyokong Malaysia melaungkan sorakan ‘Brunei anjing dibunuh saja’ pada aksi bertemu Brunei, 4 Ogos 2017 dan sorakan berbentuk sama ketika bertemu Singapura dua hari kemudian sekali gus menyaksikan AFC mengenakan denda sebanyak AS$15,000 (RM61,000) bagi setiap kesalahan. – myMetro Online

Tags: Indonesiapenyokong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd