• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Amalina Puji Catriona Ross

oleh
31/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON drama popular, Jangan Benci Cintaku, Catriona Ross, berbesar hati apabila Dr. Nur Amalina Che Bakri memuji usahanya tidak bergantung kepada sebarang pil kurus dan makanan tambahan untuk menurunkan berat badan.

Dr. Amalina kini bertugas sebagai pakar pelatih surgikal di The Royal College of Surgeons, England, memuat naik kenyataan memuji Catriona yang kerap bersenam dan menjaga pengambilan makanan tanpa bergantung kepada sebarang ubat atau pil kurus yang disifatkan boleh membahayakan kesihatan.

Menjelaskan perkara itu, Catriona dengan rasa rendah diri, bersyukur dan berterima kasih dengan kenyataan diberikan Dr. Amalina kerana ia datang daripada seorang yang profesional dalam dunia perubatan.

“Apa membuatkan saya tersenyum adalah kenyataan diberikan beliau dapat membantu dan memberi inspirasi untuk terus memperbaiki usaha pada masa depan.

“Saya harap kata-katanya dapat dijadikan sebagai pembakar semangat kepada wanita terutama bergelar ibu agar kembali sihat dengan cara yang betul,”€ katanya.

Catriona yang mempunyai tiga cahaya mata berkata, dia terharu membaca kenyataan Dr. Amalina di laman sosialnya.

Malah, dia tidak menyangka doktor yang juga pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan 17A1 itu memerhatikan perkembangannya dalam usaha menurunkan berat badan secara menjalani gaya hidup sihat.

“Seperti dikatakan Dr. Amalina, memang benar saya tidak pernah mengambil sebarang pil diet kerana bimbang kesan akibatnya malah saya turut menjaga pemakanan harian,”€ katanya.

Menceritakan rutin dilakukan menurunkan berat badan, Catriona ke gimnasium tiga kali seminggu dan bersenam selama sejam.

Pengambilan makanan harian turut diberi perhatian. – myMetro Online 

Tags: Catriona RossDr Amalina Bakri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vaksin Covid-19 Tiada Cip Pengesan – Dr Amalina

06/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Vaksin Covid-19 tidak mengandungi cip yang boleh mengesan kedudukan manusia. Pelatih pakar bedah Kolej Imperial London, Dr...

Catriona Ross Nafi Sudah Bercerai Dengan Suami

17/04/2018
0

PELAKON berdarah kacukan, Catriona Ross menafikan dakwaan bahawa dia sudah bercerai dengan suaminya iaitu Shaharudin Mokhtarudin seperti mana yang digembar-gembur sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd