Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Baru Berusia 10 Tahun...

WAH tak sangka dengan hanya menjual biskut, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun...

Khairy Akan Mulakan Perbarisan...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan diberikan penghormatan untuk memulakan...

Pasukan Keselamatan Tembak Mati...

LAHAD DATU - Pasukan keselamatan di Lahad Datu menembak mati empat lelaki dipercayai...

Najib Rasmi Surau At-Taqwa,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menunaikan...

Catriona Ross Nafi Sudah Bercerai Dengan Suami

PELAKON berdarah kacukan, Catriona Ross menafikan dakwaan bahawa dia sudah bercerai dengan suaminya iaitu Shaharudin Mokhtarudin seperti mana yang digembar-gembur sebelum ini.

Catriona berkata, dia agak pelik dan terkejut bagaimana cerita tersebut boleh tersebar selain mengakui sudah dua kali rumah tangganya bersama suami dikaitkan dengan gosip sedemikian.

“Saya tidak tahu dari mana pihak terbabit dapat cerita kami sudah bercerai? Saya tidak cepat melatah dengan gosip sedemikian kerana ia tidak benar dan kami lebih mengetahui apa yang berlaku dalam rumah tangga,” kata Catriona dipetik Harian Metro.

Tambah Catriona, dia percaya bahawa gosip berkenaan mungkin disebar oleh individu yang tidak bertanggung jawab dan dengki melihat kebahagiaan rumah tangganya.

“Saya sudah lama terbabit bidang seni. Bila saya berjaya menguruskan badan dan kembali aktif berlakon, saya tidak dapat mengelak bila nama dikaitkan dengan gosip rumah tangga yang bermasalah kerana bukan semua orang sukakan saya.

“Jika benar, dakwaan saya sudah bercerai, saya tidak akan keluar rumah dan menghadiri pelbagai majlis seperti sekarang. Lebih baik saya berkurung di rumah saja,” tambah Catriona.


Mengakui adat dalam berumah tangga tidak akan semuanya manis, pelakon wanita itu menegaskan bahawa hubungan dia bersama suami masih lagi dalam keadaan baik.

Malah, Catriona turut memberitahu bahawa dia baru sahaja pulang dari bercuti di luar negara bersama suaminya pada penghujung Februari lalu.

“Kalau kami ada masalah rumah tangga takkanlah kami akan bercuti bersama ke luar negara? Ia seperti percutian bulan madu sekaligus mengeratkan lagi ikatan rumah tangga sedia ada,” ujarnya.

Catriona dan Shaharuddin telah berkahwin pada tahun 2009. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sephia Rania, 7, Jamal Raess, 5, dan Edruce Riyadh, 2. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori