• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Bezakan Perjuangan Rakyat Dengan Parti Komunis Malaya

oleh
30/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata semua pihak perlu membezakan antara perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan dengan gerakan komunis.

“Perjuangan rakyat dengan komunis itu susahlah kita hendak masukkan (dalam buku sejarah). Kalau perjuangan rakyat untuk mencapai kemerdekaan itu, soal lain.

“Ada perjuangan rakyat untuk mencapai kemerdekaan dicop sebagai perjuangan komunis seperti perjuangan Dr Burhanuddin Helmi, Ibrahim Yaacob dan Pak Sako (Ishak Muhammad).

“Saya tidak fikir mereka ini menganut ideologi komunis. Itu yang kita kena bezakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai forum bertajuk ‘Perlukah Kita Menulis Semula Buku Sejarah?’ yang dianjurkan ‘Imagined Malaysia’ bagi membincangkan peranan komunis sebagai pejuang kemerdekaan dan sama ada pihak kerajaan perlu mengubah sejarah zaman darurat.

Dalam forum tersebut, beberapa panelis menggesa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan puak berhaluan kiri dalam naskah rujukan utama pelajar sekolah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan cadangan panelis forum terbabit hanyalah pandangan pihak berkenaan semata-mata.

“Sekiranya ia serius, …kerajaan akan membuat keputusan dengan menilai sama ada perkara itu membabitkan kepentingan nasional atau sebaliknya,” katanya. – BERNAMA

Tags: KomunisMohamad Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mendakwa tiada elemen negatif dan sensitif dalam dua buah buka yang mengisahkan...

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd