• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Kakak Lega Nama Kapten Zaharie Dibersihkan

oleh
30/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keluarga Kapten Zaharie Ahmad Shah menarik nafas lega apabila Laporan Siasatan Keselamatan bagi penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang dikeluarkan hari ini menunjukkan ‘tiada perkara negatif’ tentang juruterbang pesawat yang kemudiannya dilaporkan hilang itu, lebih empat tahun lepas.

Kakak beliau, Sakinab Ahmad Shah berkata beliau berasa lega dan gembira kerana nama adik lelakinya itu dibersihkan daripada segala tuduhan.

“Saya sangat gembira sebab namanya sudah dibersihkan, bagaimanapun sebagai penyudah, kami mahu pesawat itu ataupun bangkainya dijumpai,” katanya kepada media selepas mengikuti taklimat tentang laporan itu oleh Pasukan Penyiasat Keselamatan Annex 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia bagi MH370 di sini hari ini.

Beliau berkata laporan hari ini membuktikan tiada perkara yang negatif berkaitan karakter, ciri-ciri tugas, rekod profesional dan keadaan keluarganya sebelum Zaharie menerbangkan pesawat berkenaan.

MH370 hilang daripada paparan radar pada 8 Mac 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pesawat 777-200ER itu membawa 12 kru dan 227 penumpang, sebahagian besar daripadanya adalah warganegara China.

Sementara itu, Grace Nathan, anak perempuan Anne Daisy, seorang daripada penumpang MH370, menggesa pihak berkuasa untuk meneruskan pencarian pesawat MH370.

Beliau berkata kerajaan perlu mempertimbangkan sebarang tawaran daripada mana-mana syarikat yang bersedia untuk mengadakan pencarian pesawat berkenaan atas dasar ‘tiada penemuan tiada bayaran’.

“Matlamat utama kami adalah supaya pencarian MH370 diteruskan bagi mengelak insiden seperti ini berulang di masa depan. Kita mesti ingat bahawa berjuta-juta orang menaiki penerbangan setiap hari. Soal keselamatan tidak boleh dipandang remeh,” katanya.

Sementara itu, seorang anggota keluarga kru MH370 yang hanya mahu dikenali sebagai Fong berkata beliau tidak puas hati, kecewa dan marah dengan taklimat hari ini disebabkan, menurutnya, taklimat itu hanya untuk memberitahu waris sesuatu yang “mereka sudah tahu.”

“Pasukan ini tidak dapat menentukan punca sebenar kehilangan MH370. Apa yang kami mahu tahu adalah sama ada kerajaan akan meneruskan pencarian… kami diberitahu yang kami perlu menunggu keputusan daripada kementerian,” katanya.

Sementara itu, Intan Maizura Othman, isteri pramugara MH370 Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, berkata beliau berasa amat terkejut dan marah oleh kerana pasukan penyiasatan gagal menjawab soalan daripada waris semasa taklimat itu berlangsung.

“Sungguh mengecewakan apabila tiada siapa pun dalam taklimat itu yang dapat menjawab soalan kami. Kami berharap ada orang yang boleh jumpa kami dan beritahu kami apa yang berlaku kepada MH370,” katanya. – BERNAMA

Tags: MH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd