• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Penerangan PKR Minta Pakatan Muhasabah

oleh Ahmad Albab
09/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan DAP dan PAS bahawa ketiga-tiga parti tersebut wajib berpegang kepada keputusan bersama sama ada di dalam mahupun di luar Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pimpinan ketiga-tiga parti harus bersikap terbuka, positif dan menerimanya sebagai muhasabah untuk kebaikan bersama atas prinsip tatakelola yang baik dan adab kesetiakawanan.

“Mesyuarat Majlis Pimpinan PR akhirnya dapat dijalankan semalam 8 Februari 2015 setelah pelbagai spekulasi timbul sebelumnya.

“Walaupun begitu, saya sedar ada pengkritik yang mungkin mempersoal dan meramalkan akan berlakunya percanggahan antara keputusan dalam mesyuarat dan tindakan atau kata-kata di luar. Pandangan begini pandangan biasa dan tidak seharusnya dipersalahkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Rakyat semalam mengumumkan belum membuat sebarang kata sepakat dalam perkara berkaitan pelaksanaan hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menjadi perbalahan di antara DAP dan PAS. – mynewshub.cc

Tags: PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd