• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saingi China, AS Mulakan Projek Pelaburan Indo-Pasifik

oleh Haris
30/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMERIKA Syarikat akan memulakan satu siri inisiatif pelaburan di Asia dalam bidang ekonomi digital, tenaga dan infrastruktur, meneruskan strategi Indo-Pasifik Presiden Donald Trump.

Projek ini akan diumumkan oleh Setiausaha Negara AS Mike Pompeo dalam satu forum Dewan Perniagaan AS di Washington.

Selepas menarik diri daripada rejim perdagangan Perjanjian Trans Pasifik (TPP) dan terlibat dalam perang dagang dengan China, rancangan ini dijangka membantu kedudukan AS di rantau ini.

“Rantau Indo-Pasifik ialah satu keutamaan pembuat dasar dan cabang eksekutif di Kongres,” kata Brian Hook, penasihat dasar kanan Pompeo.

AS pertama kali mengemukakan strategi pembangunan ekonomi Indo-Pasifik di sidang kemuncak Asia-Pasifik tahun lalu.

Indo-Pasifik kini digunakan secara meluas dalam komuniti diplomatik dan pertahanan AS untuk menyifatkan rantau dari Lautan Hindi hingga Pasifik, rantau di mana dominasi China semakin mengukuh dan semakin meminggirkan AS.

Menurut Dewan Perniagaan di laman webnya, rantau Indo-Pasifik mungkin merangkumi separuh daripada ekonomi dunia dalam tempoh sedekad, tetapi ia memerlukan pelaburan hampir AS$26 bilion untuk memenuhi potensinya.

Inisiatif baharu AS dan pembiayaan ini akan difokuskan pada ekonomi, tenaga dan infrastruktur, kata Hook tanpa memberikan perincian lanjut tentang jumlah pelaburan.

Selain Pompeo, Setiausaha Tenaga Rick Perry dan Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross akan turut hadir forum tersebut, yang disertai pegawai-pegawai dari Jepun, Australia, Singapura, India dan Indonesia.

Hook berkata yang projek ini bukan bertujuan untuk menyaingi projek pembangunan infrastruktur China, dan mengalu-alukan sumbangan negara itu.

Beliau juga menggesa China mematuhi standard kedaulatan undang-undang, ketelusan dan pembiayaan yang mapan, yang merupakan satu kritikan terhadap projek-projek China yang disifatkan pengkritik sebagai bersifat memerangkap.

“Kita sedia maklum yang model kerjasama ekonomi AS ialah yang paling sihat untuk negara-negara rantau ini. Ia berkualiti tinggi, telus dan mapan dari segi kewangan,” kata Hook. – Reuters/Mynewshub.tv

Tags: Asia PasifikChina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd