• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Nasihat Semak Awal Maklumat Daftar Pemilih

oleh Cj Mnh
30/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N49 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor supaya menyemak maklumat daftar pemilih mereka lebih awal sebelum hari pengudian Sabtu ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, semakan awal memudahkan para pengundi merancang perjalanan serta mengelakkan berlaku kesesakan di pusat mengundi khususnya di barung semakan SPR.

“SPR menyeru kepada semua pengundi berdaftar di DUN Sungai Kandis supaya keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka pada Sabtu nanti untuk memilih wakil rakyat yang berkhidmat kepada mereka,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas PRK Balakong di ibu pejabat SPR di sini hari ini. PRK DUN Sungai Kandis merupakan PRK pertama diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Shafiei yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.

PRK itu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam, dan calon Bebas K. Murthy.

Pada PRU-14, Mat Shuhaimi memenangi kerusi DUN Sungai Kandis dengan majoriti 12,480 undi selepas menewaskan tiga pencabarnya dari BN, PAS dan Parti Rakyat Malaysia.

Berdasarkan daftar pemilih suku pertama 2018, DUN Sungai Kandis mempunyai 51,230 pemilih berdaftar terdiri daripada 51,217 orang pengundi biasa dan 13 orang pengundi tidak hadir luar negara. – BERNAMA

Tags: PRK Sungai KandisSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd