• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bukan Sekadar Lokasi Doa Bertemu Jodoh’

oleh Cj Mnh
30/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABAL Rahmah, satu daripada lokasi popular yang diziarahi jemaah haji Malaysia sering dikaitkan sebagai lokasi untuk berdoa supaya bertemu jodoh, namun hakikatnya bukan itu matlamat jemaah dibawa ke situ.

Mutawif dari kumpulan muassasah Abdullah Asri Hussain berkata, jemaah perlu sedar Jabal atau Bukit Rahmah adalah sebahagian daripada kawasan padang Arafah yang bakal menjadi tempat berwukuf pada 9 Zulhijah nanti.

“Wukuf adalah elemen paling penting dalam proses ibadat haji kerana ia satu daripada rukun dan suasana ketika berwukuf amat mencabar ketahanan mental serta fizikal.

“Oleh itu, sebelum tiba tarikh wukuf, kita bawa jemaah untuk melihat dan memahami bagaimana keadaan di Arafah supaya mereka lebih bersedia apabila tiba hari wukuf nanti,” katanya.

Abdullah Asri berkata, apabila berada di Arafah khususnya dan sepanjang melalui proses ibadat haji, jemaah akan merasai pelbagai kepayahan yang mungkin tidak pernah mereka rasa ketika di tanah air sebelum ini.

“Tujuannya, untuk kita ambil pengajaran bahawa cukup susah Rasulullah S.A.W. nak perjuangkan Islam. Kesusahan yang kita lalui sekarang ini, tidak seberapa berbanding kesusahan di zaman Rasulullah ketika buat haji dulu.

“Jadi, ibrah atau pengajaran kepada kita…haji ini adalah jihad. Datang buat haji bukan datang rehat, main-main atau membeli-belah. Apabila kita sebut jihad, kita kena sedia terima segala susah payah,” katanya.

Abdullah Asri ditemui ketika membawa sekumpulan jemaah haji Malaysia berziarah ke Jabal Rahmah dan ziarah itu diatur penganjur tempatan tanpa membabitkan Tabung Haji (TH).

Jabal Rahmah sering dikaitkan sebagai lokasi mustajab doa untuk mendapat jodoh kerana ia tempat Nabi Adam dan isterinya Hawa bertemu semula selepas Allah SWT turunkan kedua-duanya ke dunia akibat kesalahan memakan buah khuldi di syurga.

Selain Jabal Rahmah, dua lagi lokasi popular disenarai dalam aktiviti ziarah luar untuk jemaah haji ialah Jabal Nur dan Jabal Thur.

Jabal Nur ialah lokasi terletaknya gua hira’ iaitu tempat Rasulullah S.A.W kali pertama menerima wahyu daripada malaikat Jibril manakala di Jabal Thur pula terdapat gua di mana Rasulullah S.A.W. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi ketika perjalanan hijrah dari Makkah ke Madinah.

Sementara itu, seorang jemaah Malaysia, Nor Alia Alias yang dilihat wartawan sedang berdoa di Jabal Rahmah berkata, semestinya dia tidak berdoa untuk bertemu jodoh kerana sudah berumahtangga dan suaminya, Azizul Mohamad turut bersamanya menunaikan haji.

“Seluruh bumi Makkah ini ada keberkatan dan kita digalakkan berdoa.

“Di Jabal Rahmah ini, saya berdoa supaya saya dan suami dapat kembali ke sini semula bersama empat anak kami,” kata guru berasal dari Negeri Sembilan itu. – MyMetro

Tags: jabal rahmahjemaah malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

05/12/2022
0

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan visa umrah elektronik (E-Visa). Ikuti Mynewshub: Telegram...

Malaysia Dapat Tambahan 10,000 Kuota Haji

10/03/2021
0

RIYADH - Kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji untuk jemaah Malaysia. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd