Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Isteri Guan Eng Ditahan...

GEORGETOWN - Betty Chew Gek Cheng, isteri bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim...

Mahathir Menghadap Sultan Johor...

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menghadap Sultan Ibrahim...

21 Masjid Rosak Akibat...

PASIR MAS - Sebanyak 21 buah masjid yang rosak akibat banjir di negeri...

Ibu Perlu Sokongan, Penyusuan...

SUSU ibu adalah makanan terbaik untuk bayi.Tanyalah mana-mana pakar kesihatan pun, mereka akan menjawab bahawa...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan visa umrah elektronik (E-Visa).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang dipetik Agensi Berita Saudi (SPA) pada Ahad mengumumkan jemaah umrah dari United Kingdom (UK), Tunisia, Kuwait, Bangladesh dan Malaysia wajib menyediakan data biometrik masing-masing, antaranya cap jari.

“Jemaah perlu menggunakan aplikasi Saudi Visa Bio yang membolehkan pendaftaran secara pengesahan biometrik meliputi cap jari, wajah, mata dan salinan pasport untuk menghadiri ibadah umrah,” kata kementerian itu.


Aplikasi baharu itu adalah komitmen kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan pendaftaran biometrik menerusi peranti mudah alih, sekali gus menjadikannya antara yang pertama di dunia menerima pengesahan biometrik menerusi telefon pintar untuk pengeluaran visa.

Kementerian turut menjelaskan bahawa inisiatif ini dibangunkan bagi memudahkan urusan jemaah yang ingin ke Makkah tanpa perlu mengunjungi pejabat visa secara fizikal.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori