• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siput Gondang Bawa Rezeki Sampingan Buat Nelayan Sungai

oleh Ahmad Albab
29/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Siput gondang biasanya dikaitkan sebagai perosak tanaman padi yang menyebabkan pesawah mengalami kerugian jika tanaman mereka diserang makhluk perosak ini.

Keadaan ini, bagaimanapun berbeza sama sekali buat nelayan sungai, Safri Mohamed 45, yang memperoleh sumber pendapatan sampingan dengan menjual siput gondang yang dikatakan mampu dijadikan penawar pelbagai penyakit.

Beliau yang menetap di Kampung Bolok Hilir, Lanchang di sini mampu meraih hampir RM150 setiap minggu dengan menjual siput gondang di Pekan Sehari Temerloh pada setiap Ahad.

Katanya siput gondang yang dijual berbeza dengan siput gondang perosak padi iaitu siput gondang emas kerana ia lebih besar dan boleh dijadikan makanan kesihatan kepada penghidap penyakit buasir, berak berdarah dan lelah.

“Siput gondang yang saya jual ini diperoleh dari anak-anak sungai sekitar Lanchang dan tidak beracun untuk dimakan, bahkan boleh dijadikan penawar penyakit jika dijadikan amalan,” katanya ketika ditemui di Pekan Sehari Temerloh di sini hari ini.

Safri yang dibantu isteri, Rosmawati Ismail, 45, mempunyai pelanggan tetap di tapak niaganya berhampiran jeti Taman Esplanade itu dan biasanya mampu menghabiskan satu guni siput gondang setiap kali berniaga.

Katanya biasanya setiap longgok siput gondang antara tujuh hingga sembilan ekor berharga RM5 dan beliau akan membantu menunjukkan kepada pelanggan bagaimana untuk membuang cengkerang serta isi perut dengan kaedah yang betul.

“Rasanya macam pedal ayam, agak liat dan boleh dihidangkan dengan cara dibakar atau goreng tanpa kunyit untuk lebih mujarab,” katanya.

Beliau berkata tidak ada peniaga lain yang menjual siput gondang di pekan sehari itu turut menjadi punca jualannya sentiasa laris setiap kali berniaga.

Pelanggan luar yang ingin mendapatkan bekalan siput gondang ini boleh berjumpa dengannya di pekan sehari Temerloh pada setiap Ahad, katanya. – BERNAMA

Tags: Nelayansiput
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd