• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Tempatan Relakan PATI Isi Peluang Kerja

oleh Ahmad Albab
29/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kebanjiran pekerja asing di negara ini sukar dibendung selagi rakyat tempatan enggan mengisi peluang pekerjaan khususnya dalam sektor perkhidmatan, perkilangan, pembinaan, perladangan dan pertanian.

Memburukkan lagi keadaan, ramai warga asing yang bekerja dalam sektor berkenaan tidak memiliki permit yang sah kerana majikan memilih mereka untuk mengelak daripada membayar levi.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kerajaan sudah melaksanakan pelbagai langkah untuk menarik rakyat tempatan bagi mengisi peluang pekerjaan dalam sektor berkenaan.

Namun, sikap rakyat tempatan sukar diubah dan majikan pula berterusan mahu menggunakan pekerja asing yang sanggup bekerja dengan upah murah.

“Rakyat tempatan adalah keutamaan kerajaan, namun mereka tidak mahu bekerja dalam sektor berkenaan dan ini membuatkan majikan terus mengambil pekerja asing.

“Masalah lain pula timbul apabila majikan mengambil pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengelak membayar levi iaitu RM1,850 untuk sektor perkhidmatan, perkilangan dan pembinaan, manakala RM640 untuk sektor perladangan dan pertanian,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Sarawak, di sini, hari ini.

Mustafar berkata, berikutan itu pihaknya melaksanakan penguatkuasaan berterusan untuk membanteras penggunaan PATI dalam lima sektor terbabit.

Beliau berkata, sepanjang Ops Mega 3.0 yang dilancarkan sejak 1 Julai lalu, sebanyak 1,506 operasi bagi mengesab PATI dilaksanakan di seluruh negara.

“Sehingga semalam, seramai 4,261 PATI berjaya ditahan dan 82 majikan turut ditahan kerana mengambil pekerja asing tanpa permit itu,” katanya.

Katanya lagi, secara keseluruhan sejak 1 Januari lalu hingga 27 Julai, seramai 24,937 PATI dan 647 majikan ditahan di seluruh negara. – BH ONLINE

Tags: kerjaPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd