• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Hero’ Palestin Dibebaskan Hari Ini

oleh Ahmad Albab
29/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMALLAH, Palestin – Seorang remaja perempuan Palestin yang dipenjarakan Israel kerana menampar dan menendang tentera Zionis di Tebing Barat akan dibebaskan hari ini selepas lapan bulan dihukum di belakang tirai besi.

Ahed Tamimi ditahan pada 19 Di­sember lalu selepas dia dirakam bersama sepupunya, Nour Tamimi di belakang rumah mereka di Nabi Saleh, dekat Ramallah menyuruh dua askar Israel pergi sebelum menolak, menendang dan menampar mereka.

Gadis tersebut berusia 16 tahun ketika kejadian dan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-17 di dalam penjara.

Dia ditolak untuk diikat jamin ketika ditahan dan dibicarakan di sebuah mahkamah tentera Israel atas tuduhan menyerang, membaling batu, menghasut untuk bertindak ganas dan membuat ancaman.

Pada 21 Mac, mahkamah bersetuju dengan rayuan supaya dia dipenjarakan lapan bulan bermula daripada tempoh dia ditahan. Mahkamah sama membebaskan Nour dengan segera selepas dia membuat rayuan.

Ahed lahir daripada sebuah keluarga aktivis terkemuka dan pernah terlibat dalam beberapa siri insiden dengan gambarnya berdepan tentera tersebar dengan luas, namun video yang menjadi viral menyebabkan dia menjadi simbol konflik Israel-Palestin.

Kepada Palestin, dia merupakan hero, dipenjara kerana menentang pendudukan tentera ke atas tanah airnya dan pencerobohan rumah keluarganya.

Hari ini, Ahed dijangka kembali menjadi tumpuan dengan satu sidang akhbar akan diadakan di rumahnya selepas dia dibebaskan. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: gadisPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

17/11/2025
0

ISU TERKINI: NETANYAHU TEGAS TOLAK PENUBUHAN NEGARA PALESTIN Laporan Khas Mynewshub KUALA LUMPUR, 17 Nov – Perdana Menteri Israel, Benjamin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd