• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebanyak 2,605 Kes HFMD Dilaporkan Di Sabah

oleh Ahmad Albab
29/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sebanyak 2,605 kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan di Sabah setakat 27 Julai ini, dengan daerah Kota Kinabalu masih mencatatkan kumulatif tertinggi iaitu sebanyak 476 kes.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi berkata ini diikuti daerah Beaufort sebanyak 342 kes, Penampang (207 kes) dan Sandakan (181 kes).

“Oleh itu JKNS mahu ibu bapa atau penjaga kanak-kanak mengamalkan langkah-langkah pencegahan supaya penyakit berkenaan tidak merebak, antaranya ​​​​​​tidak membawa anak yang dijangkiti atau disyaki mengalami gejala HFDM ke tempat awam, sekolah dan pusat asuhan, ” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dr Christina berkata ​​​​​​​ibu bapa juga perlu memastikan lampin pakai­ buang anak mereka dibuang dengan betul dan tidak membenarkan peralatan makanan dan minuman dikongsi dengan kanak-kanak yang lain.

Katanya sekiranya terdapat gejala atau tanda-tanda jangkitan pada kanak-kanak berkenaan ibu bapa perlu membawa mereka berjumpa doktor dengan segera.

Dalam pada itu, Dr Christina berkata JKN Sabah akan terus memantau perkembangan penyakit HFMD di seluruh negeri.

Sehingga kini, katanya 17 pusat pendidikan awal dan sekolah masih ditutup bagi tujuan penyahkuman serta pembersihan premis. – BERNAMA

Tags: HFMDSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd