• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arsenal Pesta Gol Belasah PSG

oleh Ahmad Albab
29/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, bangkit dengan garang pada babak kedua untuk membelasah pasukan Paris Saint-German (PSG) 5-1 pada kejohanan pra musim Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di Stadium Nasional di sini, malam Sabtu.

Malah pengendali baharu Arsenal, Unai Emery, berjaya melakarkan strategi menarik terhadap bekas pasukan kendaliannya dari Perancis itu selepas mendahului 1-0 pada babak pertama.

Bekas pemain Piala Dunia Jerman, Mesut Ozil, yang mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa, membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 apabila menyudahkan hantaran pendek Pierre-Emerick Aubameyang untuk mengalahkan penjaga gol PSG, Gianluigi Buffon.

Enam minit kemudian, Ozil, pemain berdarah Turki itu hampir menambah jaringan apabila tandukan, hasil hantaran Aubameyang, berjaya ditepis oleh penjaga gol dari Itali itu.

Tersentak dengan jaringan awal itu, PSG di bawah jurulatih baharu, Thomas Tuchel, cuba memberi tentangan dengan mengawal keadaan serta melakukan beberapa percubaan.

Namun, kedudukan pendahulu tidak berubah sehingga babak pertama berakhir.

Pada babak kedua, PSG berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-60 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Christopher Nkunku.

Pengadil menghadiahkan penalti tersebut selepas pemain pertahanan Arsenal, Sead Kolasinac menjatuhkan penyerang PSG, Timothy Weah, dalam kotak penalti.

Pemain gantian, Alexandre Lacazette menyuntik nafas baharu dalam barisan depan Arsenal apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-67 selepas menyudahkan hantaran silang pemain muda, Emile Smith Rowe.

Lacazette, pemain dari Perancis itu, mengukuhkan kedudukan Arsenal apabila menanduk masuk gol peribadi keduanya pada minit ke-71 untuk meletakkan pasukan Gunners 3-1 di hadapan.

Arsenal, selaku juara Piala FA England sebanyak 13 kali itu, melengkapkan buruan gol menerusi Ron Holding pada minit ke-87 dan Eddie Nketiah pada masa kecederaan.

Ini merupakan perlawanan ketiga bagi pengendali Arsenal, Emery, selepas menggantikan Arsene Wenger.

Arsenal memulakan pramusim ini dengan membelasah Boreham Wood 8-0 sebelum tewas kepada pasukan Liga Sepanyol, Atletico Madrid, 3-1 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1. – mStar Online

Tags: ArsenalPSG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

01/06/2025
0

PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang...

Real Madrid Tawar RM1.337 Bilion Untuk Mbappe

04/02/2020
0

REAL Madrid sedia berbelanja besar apabila berhasrat membida penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe dengan harga £250 juta (RM1.337 bilion), menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd