• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengunjung Bukit Bendera Dijangka Cecah 1.7 Juta

oleh
28/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jumlah pengunjung ke Bukit Bendera bagi tahun ini dijangka mencecah 1.7 juta berikutan pelbagai aktiviti yang bakal dianjurkan.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera (PHC) Pulau Pinang, Cheok Lay Leng berkata PHC buat pertama kalinya telah menganjurkan Festival Bukit Bendera 2018 (PHF2018) pada 21 Julai hingga 29 Julai bagi meraikan sejarah gemilang Pulau Pinang.

Katanya, bertemakan ‘Lihat Alam, Rasakan Sejarah’, program sepanjang sembilan hari itu merangkumi menjelajah alam semula jadi, pameran, persembahan muzik, eksplorasi malam dan lawatan warisan dengan jurupandu percuma.

“Sebagai rekod, jumlah pengunjung yang melawat Bukit Bendera telah mencecah 1.6 juta setahun pada 2016 namun selepas dilanda bencana pokok tumbang dan tanah runtuh tahun lepas, jumlah pengunjung menurun ke 1.38 juta.

“Namun, kami yakin akan mencapai sasaran 1.7 juta pengunjung tahun ini berikutan pelbagai aktiviti yang akan dianjur di puncak bukit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, ‘Penang Hill Heritage Forest Challenge 2018’ edisi kelima bakal berlangsung pada 12 Ogos ini bagi mempromosikan kesedaran tentang pemuliharaan alam semula jadi dan warisan di Bukit Bendera.

Terdahulu, mantan Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini hadir untuk melancarkan sebuah buku bertajuk “Healing Penang Hill”.

Lim yang kini hadir sebagai Menteri Kewangan berkata buku itu diterbitkan bagi mengenang jasa dan pengorbanan pekerja-pekerja PHC dan pihak berkuasa yang bertungkus lumus dalam kerja-kerja pembersihan Bukit Bendera selepas dilanda bencana November tahun lepas.

“Semua pihak telah berusaha untuk memulihkan Bukit Bendera selepas dilanda bencana dan mereka telah berjaya melakukannya dalam hanya 51 hari, satu pencapaian yang amat baik,” katanya.

Dalam bencana itu, 194 kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Bukit Bendera yang menyebabkan perkhidmatan kereta api kabel tergendala dan menghalang bukan sahaja akses ke kediaman tetapi juga laluan jip dan jalan utama ke bukit itu. – BERNAMA

Tags: Bukit Bendera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bantu Kuil Hindu Atas Ajaran Islam – Ahli Parlimen PH Syerleena Sedih Dikecam Netizen

Bantu Kuil Hindu Atas Ajaran Islam – Ahli Parlimen PH Syerleena Sedih Dikecam Netizen

22/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid mengakui berasa sedih dan tertekan ekoran kecaman...

Warga Asing Ditahan, Cabul Rakan Sekerja Di Bilik Stor Sejuk Beku

Harga Tiket Bukit Bendera Naik Tidak Jejas Pelancong Tempatan

02/03/2024
0

GEORGE TOWN - Kenaikan kadar tiket untuk perkhidmatan kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera yang bermula Mei depan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd