• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Had Umur Minimum Perkahwinan Perlu Diselaras

oleh
28/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Had umur perkahwinan bagi lelaki dan wanita perlu di selaraskan bagi setiap negeri bagi menangani masalah perkahwinan di bawah umur, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

Sehubungan, itu pihak kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan semua exco yang berkaitan di setiap negeri bagi menetapkan had umur perkahwin.

“Had umur ini perlu dilaksanakan di setiap negeri dan bukan di Kelantan sahaja.

“Andai kata ada tiga negeri yang tidak laksanakan had umur ini, orang ramai akan ke negeri tersebut untuk berkahwin (dengan kanak-kanak) bawah umur. Jadi semua negeri perlu laksanakan had ini agar perkara ini tidak berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) 2018 dan Pelancaran Logo Baharu Sempena Penjenamaan Semula YOKUK di Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Turut hadir adalah pengasas YOKUK Datuk Zaid Ibrahim dan Pengarah Eksekutif YOKUK Datin Suliana Shamsuddin .

Hannah berkata masalah perkahwinan bawah umur bukan sahaja melibatkan anggota Parlimen malah menteri besar dan ketua menteri di setiap negeri kerana ia membabitkan isu kebajikan kanak-kanak.

“Berdasarkan statistik terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dalam masa 10 tahun di antara 2007 hingga 2017 perkahwinan bawah umur masyarakat Islam mencecah 10,000 kes dan bukan Islam sebanyak 4,999 kes.

“Berkaitan kes perkahwinan ( kanak-kanak perempuan 11 tahun dan pasangannya berusia 41 tahun) yang berlaku baru-baru ini di negeri ini, perkara itu masih dalam siasatan dan keputusannya akan diumumkan sendiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) semasa sidang Parlimen minggu depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hannah Yeohperkahwinan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

163 Rumah Ibadat Bukan Islam Atas Tanah Kerajaan Ditangani Secara  Berhemah Penuh Hormat

163 Rumah Ibadat Bukan Islam Atas Tanah Kerajaan Ditangani Secara Berhemah Penuh Hormat

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 163 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) tanpa kebenaran dikenal pasti berada di atas tanah kerajaan berdasarkan...

Alasan Yang Memalukan…

Alasan Yang Memalukan…

17/04/2026
0

Oleh : Lim Sian See Alasan “lebih baik daripada tak buat apa-apa” yang diberikan oleh Hannah Yeoh selepas dikritik hebat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd