• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4,261 PATI Ditahan Dalam Ops Mega 3.0 Di Sarawak

oleh
28/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Imigresen Sarawak berjaya menahan 4,261 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dalam ‘Ops Mega 3.0’ setakat semalam sejak operasi itu dilancarkan pada 1 Julai lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata sebanyak 82 majikan turut ditahan dalam operasi itu kerana menggaji atau melindungi PATI.

“Penahanan tersebut adalah hasil daripada 1,506 operasi yang dijalan di seluruh Sarawak semenjak Ops Mega dilancarkan dan sejumlah 16,988 warga asing yang bekerja dalam pelbagai sektor telah diperiksa.

“Kita (Imigresen) telah bagi peluang kepada PATI untuk menyerah diri secara sukarela untuk dihantar pulang ke negara asal, jika mereka masih berkeras, tindakan akan diambil. Ini adalah langkah untuk memastikan negara kita bebas dari PATI.” Katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media sempena Mesyuarat Khas Mempertimbangkan Permohonan Permit 2018 di Jabatan Imigresen Malaysia di Bangunan Tuanku Haji Bujang di sini hari ini.

Tambah Mustafar, tiada halangan bagi majikan yang mahu menggunakan tenaga kerja warga asing namun majikan tersebut harus memohon visa pekerja asing secara sah.

“Jabatan Imigresen akan meneliti pemohonan visa tersebut, jika tiada sebarang keraguan pasti akan diluluskan.”katanya.

Setakat ini, katanya, dalam 8,394 operasi yang dijalankan di seluruh negara, sebanyak 103,082 warga asing telah diperiksa.

Daripada jumlah itu seramai 24,937 PATI ditahan manakala 647 adalah majikan. – BERNAMA

Tags: Datuk Mustafar Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendatang Tanpa Izin Jadikan Bandar Pusat Barang Tiruan

31/07/2018
0

LABUAN - Pendatang tanpa izin yang menjadi usahawan dalam sekelip mata menjadikan bandar di negara ini pusat jualan bagi pelbagai...

‘Merdeka’ Daripada PATI Mulai 31 Ogos

21/07/2018
0

KUANTAN - Jabatan Imigresen berikrar untuk 'memerdekakan' negara daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula 31 Ogos depan. Ketua Pengarahnya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd