• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Pantau Khidmat Urus Lapangan Terbang Senai

oleh Cj Mnh
27/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Satu jawatankuasa khas bagi memantau perkhidmatan pengurusan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), di sini, akan ditubuhkan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata penubuhan jawatankuasa itu penting bagi memastikan pengurusan LTAS menjadi lebih cekap dan baik.

Ini selaras dengan jumlah kemasukan pelancong luar negara yang semakin ramai ke Johor sejak kebelakangan ini.

“Kita (kerajaan negeri) sedang merangka satu jawatankuasa untuk memantau perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di mana ia adalah nadi, bukan sahaja dari segi pendapatan malah dalam soal Daerah Kulai ini sebagai pintu masuk pelancong asing,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau turut melancarkan Sistem Perumahan Mampu Milik Johor @ SP2MJ di Pejabat Daerah Kulai.

Sistem SP2MJ itu yang telah dinaiktarafkan itu akan membolehkan pemohonnya mengemukakan permohonan berdasarkan projek mulai 1 Ogos ini berbanding mengikut mukim jika melalui sistem permohonan terdahulu.

Sistem baharu itu akan julung kali dilaksanakan bagi projek di Taman Bandar Putra, Segamat melibatkan 101 unit rumah Pakej B berharga RM80,000 dan projek di Taman Daiman Jaya, Kota Tinggi yang meliputi 233 unit rumah Pakej A berharga RM42,000.

Pemohon perlu menghantar dokumen berkaitan kepada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Bahagian Perumahan selepas membuat permohonan menerusi dalam talian dan sebelum proses pengundian terbuka dijalankan. – BERNAMA

Tags: pantaupengurusan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDNHEP Pantau Caj Tambahan Potong Ayam

19/05/2022
0

PUTRAJAYA : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau aduan ada peniaga ayam mengenakan caj tambahan...

Polis Pantau Kuala Kurau Dan Kuala Gula, Kesan Pati Terlepas

01/05/2022
0

Bagan Serai : Polis dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat pemantauan di beberapa lokasi di sekitar Kuala Kurau dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd