• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 2,000 Kes HFMD Di Johor Setakat 21 Julai

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebanyak 2,215 kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) direkodkan di Johor setakat 21 Julai lalu, meningkat 37 peratus daripada 1,607 kes yang dicatat dalam tempoh sama, tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata peningkatan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kematian, sehingga kini.

Namun begitu, terdapat sebanyak 320 buah taska, tadika, tabika dan prasekolah terlibat dalam kes itu, dengan 32 daripadanya telah dinasihatkan ditutup bagi tujuan pembersihan dan memutuskan rangkaian jangkitan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata pengusaha pusat jagaan terlibat turut diberikan pendidikan kesihatan bagi mendedahkan mereka dengan kepentingan kebersihan diri, premis dan disinfeksi.

Selain itu, Dr Sahruddin berkata mereka digesa agar mengambil tindakan pencegahan dan kawalan seperti melakukan saringan kesihatan kepada kanak-kanak yang hadir ke taska, tadika dan prasekolah, mengasingkan pelajar yang telah dijangkiti serta memaklumkan kepada pihak kesihatan negeri sekiranya terdapat pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana HFMD.

“Memandangkan kes meningkat, pendidikan kesihatan berkaitan HFMD turut disebarkan kepada orang awam bagi memaklumkan terdapat virus HFMD iaitu EV 71 yang boleh mengakibatkan komplikasi iaitu dehidrasi, encephalitis (keradangan otak), kegagalan jantung, kegagalan sistem pernafasan dan kematian.

Ini bagi memastikan orang ramai mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada anak-anak mereka di rumah,” katanya. – BERNAMA

Tags: HFMDJohor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd