• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 7,000 Pemuda UMNO Terlibat Bantuan Pasca Banjir

oleh Ahmad Albab
09/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno telah menggerakkan lebih 7,000 anggotanya di seluruh negara bagi membantu kerja pasca banjir di negeri-negeri terlibat baru-baru ini.

Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata mereka membantu untuk kerja-kerja pembersihan kawasan termasuk sekolah, masjid, hospital serta pembinaan semula rumah dan pengagihan bantuan keperluan.

Pergerakan itu juga telah mengumpul lebih RM300,000 sumbangan tunai dari syarikat korporat dan ia telah disalurkan kepada mangsa banjir, katanya kepada pemberita selepas majlis ‘flag off’ konvoi sumbangan kelengkapan hospital kepada Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di Kelantan oleh Kolej Universiti SEGi di sini Isnin.

Turut hadir Naib Canselor Kolej Universiti SEGi Prof Muhammad Awang.

Muhammad pula berkata selain menyumbang kelengkapan hospital bernilai RM200,000 hari ini, universiti berkenaan merancang untuk menyumbang kelengkapan sekolah seperti meja dan kerusi di Maran, Pahang.

“Kita difahamkan semasa sukarelawan kita ke sana, ada murid yang belajar di lantai, jadi kita akan hantar sumbangan ini dalam masa terdekat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pemuda UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Tunjuk Skill Main Snooker, Netizen Puji ‘Nampak Pro’

Tok Mat Tunjuk Skill Main Snooker, Netizen Puji ‘Nampak Pro’

13/07/2026
0

REMBAU – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan mencuri perhatian apabila sempat menunjukkan kemahiran bermain snooker ketika menghadiri...

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd