• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kerajaan Perlu Kuasai Bahasa Inggeris – Idris

oleh Ahmad Albab
09/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pegawai kerajaan di negeri ini perlu menguasai bahasa inggeris bagi memastikan keberkesanan perkhidmatan kepada orang ramai terutamanya pelancong asing, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata Melaka sebagai destinasi pelancongan yang menerima kunjungan pelancong asing setiap hari, adalah penting bagi pegawai kerajaan di negeri ini menguasai bahasa inggeris bagi memudahkan interaksi dan memberikan perkhidmatan terbaik.

Katanya, pegawai kerajaan di negeri ini terutamanya yang berkait terus dengan sektor pelancongan memainkan peranan penting sebagai duta kecil untuk memperkenalkan Melaka ke mata dunia.

“Dunia sekarang dilihat semakin kecil apabila kita semakin mudah berkomunikasi dengan rakyat asing seluruh dunia, maka dalam menghadapi cabaran ini pegawai kerajaan negeri sebagai duta kecil perlu menguasai bahasa inggeris membolehkan mereka menerangkan segalanya tentang Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri di Dewan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang turut dihadiri Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin.

Idris berkata kerajaan negeri bersama UTeM sedang merangka program bahasa Inggeris khas untuk pegawai di jabatan kerajaan negeri bagi meningkatkan lagi kemahiran berbahasa.

Beliau berkata program tersebut memfokus kepada kemahiran berkomunikasi, penulisan dan bacaan yang akan bermula Mac ini.

“Program di bawah Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan UTeM ini akan turut menawarkan kursus bahasa ketiga seperti bahasa Mandarin, Jepun, Korea dan Arab kepada kakitangan awam yang berminat,” katanya.

Pada majlis perhimpunan itu, Bank Simpanan Nasional diwakili Timbalan Ketua Eksekutif Sokongan Perniagaanya Datuk Yunos Abd Ghani menyerahkan dua buah van jenazah kepada Idris bagi kegunaan Masjid Al-Ehsan di Limbongan di sini dan Masjid Al-Abrar di Merlimau, Jasin. – BERNAMA

Tags: Idris JusohPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd