• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Tertekan, Beri Ruang Kepadanya

oleh
25/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini berada dalam keadaan tertekan ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya sehingga menyebabkan beliau terpaksa menarik diri dalam dua kejohanan penting tahun ini.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai berharap semua pihak terus memberikan sokongan kepada Chong Wei yang telah banyak berjasa kepada negara sepanjang penglibatan pemain itu selama 17 tahun dalam arena badminton.

Beliau berkata Chong Wei, yang menghadapi masalah ‘Respiratory Disorder’ (masalah pernafasan), perlu menjalani pemeriksaan selama sebulan dan pihak BAM perlu menghormati permintaan pemain itu supaya tidak memaklumkan secara terperinci mengenai keadaannya ketika ini kepada umum.

“Saya dan Datuk Mohamad Norza Zakaria (Presiden BAM) telah bertemu dengan Chong Wei, pada ketika ini dia tengah sugul dan privasinya perlu dihormati. Bagi dirinya, apa yang penting adalah untuk cepat sembuh,” katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini hari ini.

Beliau berkata BAM amat terkejut dan berasa serba salah dengan apa yang berlaku kepada bekas pemain nombor satu dunia itu.

“Sepanjang tempoh pemulihan, kami minta orang ramai dan pihak media memberi ruang kepada Chong Wei dan keluarganya. Kami mendoakan agar dia cepat sembuh dan kembali menjalani latihan,” katanya.

Chong Wei tidak menjalani latihan di ABM selama seminggu selepas pulang daripada Kejohanan Terbuka Indonesia, awal bulan ini kerana masalah kesihatan dan semalam BAM mengesahkan pemain itu tidak akan menyertai Kejohanan Dunia di Nanjing, China bermula Isnin ini dan Sukan Asia 2018 di Jakarta mulai 18 Ogos hingga 2 Sept ini.

Ng berkata pihak BAM tidak dimaklumkan mengenai punca Chong Wei menghadapi masalah pernafasan dan menyifatkan pemain itu adalah atlet paling cergas berbanding pemain lain dalam skuad negara.

Dalam pada itu, Ng berkata BAM memandang serius masalah yang dihadapi Chong Wei dan memastikan pemeriksaan kesihatan akan dilakukan lebih kerap selepas ini kepada semua pemain di bawah naungan badan induk sukan itu. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd