• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Kes Ibu Bawa Lari Bayi Dari Hospital

oleh Ahmad Albab
25/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerana tidak mampu bayar bil Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), seorang wanita warga Myanmar yang dalam pantang nekad bawa lari bayi yang baru dilahirkan kira-kira jam 6 petang semalam.

Kejadian jam 6 petang itu disedari jururawat yang bertugas selepas mendapati ibu berkenaan bersama bayinya tiada di katil.

Difahamkan, kos bayaran bersalin bagi warga asing mencecah RM2,500 hingga RM7,000 mengikut kelas wad yang disediakan.

NSTP dimaklumkan setiap bayi yang baru dilahirkan wajib memakai gelang pada tangan dan kaki sebagai tanda untuk pemeriksaan pengawal keselamatan apabila dibenarkan pulang.

Namun, wanita terbabit dipercayai menyembunyikan bayi yang baru dilahirkan di dalam beg sebelum selamba keluar melalui pintu belakang dan melarikan diri.

Sumber berkata, keadaan menjadi kecoh seketika apabila jururawat yang bertugas gagal menemui wanita terbabit bersama bayi berkenaan.

“Pada masa sama, beberapa pesakit lain yang berada di wad berkenaan turut mendakwa tidak menyedari kehilangan wanita terbabit.

“Pengawal keselamatan yang menjaga setiap pintu turut mendakwa tidak menyedari kerana ketika kejadian orang begitu ramai memandangkan ketika itu waktu melawat,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Dia berkata, wanita terbabit dimasukkan ke wad hospital berkenaan empat hari lalu sebelum bersalin petang semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nayan, ketika dihubungi, berkata polis sedang menunggu laporan daripada pengurusan HTAA untuk melakukan siasatan lanjut.

Sebelum ini negara pernah gempar dengan kes seorang bayi hilang di sebuah hospital di Kelantan sebelum akhirnya polis dapati ia dilarikan ibu bapanya sendiri yang tidak mampu jelas caj dikenakan. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: bayibil hospital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd