• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Warga Emas Antara 4 Ditahan Bersama Dadah

oleh Ahmad Albab
24/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Polis Kerian menahan empat lelaki serta merampas dadah bernilai RM4,700 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Perak, Titi Serong, Parit Buntar, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam serbuan kira-kira 2 petang pada 19 Julai itu, kesemua lelaki terlibat ditahan ketika sedang khayal menghisap dadah di bahagian ruang tamu rumah berkenaan.

“Siasatan menemukan pelbagai jenis dadah antaranya heroin dan Eramin 5,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini, hari ini.

Siasatan lanjut mendapati ujian saringan air kencing mereka positif dadah jenis morfin dan methamphetamine manakala dua daripada suspek yang berumur sekitar 60-an adalah penagih tegar dan masing-masing mempunyai 11 serta sembilan rekod lampau berkaitan kes dadah.

Omar Bakhtiar berkata kesemua suspek direman seminggu mulai 20 Julai serta kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta sama.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah kereta Proton Waja dan motosikal Yamaha Y15ZR dipercayai digunakan dalam kegiatan pengedaran dan penjualan dadah.

Sementara itu, Omar Bakhtiar berkata sejak Januari hingga Jun tahun ini pihaknya telah merampas dadah jenis heroin sebanyak 2.06 kilogram, syabu (480.47 gram), ganja (165.54 gram) dan cecair ketum sebanyak 76,605 liter dengan jumlah tangkapan 373 suspek. – BERNAMA

Tags: dadahwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd