• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon BN Yakin Dengan Kerjasama PAS

oleh Ahmad Albab
24/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam yakin akan mendapat kerjasama daripada PAS dan jentera kedua-dua parti pembangkang itu akan mengadakan kempen bersama dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pemimpin BN dan PAS pusat telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dan keputusan akan diketahui dalam masa terdekat.

“Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan PAS Selangor serta kawasan sini dan saya optimis kerjasama ini akan dapat dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas program mendekati pengundi di sekitar Jalan Kebun di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni bahawa beliau tidak gentar dengan kerjasama itu dan yakin akan memperolehi undi daripada pengundi PAS, Lokman Noor berkata calon PKR itu berhak untuk berasa yakin.

Bagaimanapun, tambah beliau, pengundi PAS lebih bijak untuk menilai apa yang terjadi terhadap institusi Islam sejak Pakatan Harapan memerintah negara ini.

“Isu sekolah tahfiz, pelantikan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara, semua ini menjadi isu yang dibantah keras oleh anggota PAS, tetapi jika mereka (pengundi PAS) masih mahu mengundi Mohd Zawawi, ia terserah kerana itu hak mereka,” katanya.

PRK DUN Sungai Kandis yang merupakan PRK pertama selepas pilihan raya umum ke-14, 9 Mei lepas, diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Dalam PRK itu 4 Ogos ini, Lokman Noor turut ditentang calon Bebas, K. Murthy. – BERNAMA

Tags: Lokman Noor AdamPASPRK Sungai Kandis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd