• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuh Undang-Undang Menindas Rakyat

oleh Cj Mnh
24/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Pemansuhan dan penghapusan sebarang undang-undang yang tidak lagi releven atau dilihat menindas rakyat merupakan sesuatu yang wajar terutama dalam menuju negara maju.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Razali Ismail mengambil contoh Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebagai melanggar hak asasi manusia dan usaha memansuhkannya adalah tepat.

Katanya beberapa undang-undang lain sedia ada terbukti mampu untuk menjaga negara ini daripada sebarang ancaman.

“Kita mahu menjadi negara maju dan kita tidak boleh lagi berlakunya penindasan terhadap rakyat. Saya bimbang bila kuasa melebihi segala-galanya akan berlaku benda-benda yang boleh menyalahi undang-undang dalam memberikan keadilan kepada rakyat,” katanya.

Beliau bercakap kepada Bernama selepas program Suhakam Bersama Masyarakat di Dewan Auditorium Tun Abdul Razak di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di sini, hari ini.

Razali mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bercadang memansuhkan SOSMA kerana menyifatkan akta itu banyak menindas rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata setiap golongan rakyat di negara ini walaupun mempunyai cara hidup berbeza hendaklah diberikan peluang untuk bekerja dan mendapatkan hak yang adil.

Terdahulu dalam dialog tersebut, Razali berkata kerajaan hendaklah memberi peluang kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai sijil lahir untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya.

“Tanggungjawab itu perlu bagi membolehkan mereka mendapat hak yang adil dalam sistem pendidikan. Kita mesti ambil tindakan untuk membantu kanak-kanak yang menjadi rakyat negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: mansuhSuhakam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

11/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi...

MoU Isu Tanpa Kewarganegaraan Di Sabah Diperbaharui 5 Tahun – Suhakam

MoU Isu Tanpa Kewarganegaraan Di Sabah Diperbaharui 5 Tahun – Suhakam

07/09/2023
0

SEMPORNA - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bersama Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM), dan Suruhanjaya Hak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd