• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran Bersih FDI 2016 Catat Nilai Tertinggi

oleh Ahmad Albab
24/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran bersih pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia mencapai paras tertinggi pada tahun 2016 dengan nilai sebanyak RM47 bilion.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, nilai FDI tertinggi di Malaysia itu disumbangkan oleh rantau Asia dalam sektor perkhidmatan.

“Aliran FDI di Malaysia telah berada pada trend menaik sejak 2001. Bagaimanapun, aliran FDI yang lebih rendah pada tahun 2009 sebahagian besar disebabkan oleh krisis kewangan global.

“Aliran FDI mencapai paras yang tertinggi pada 2016 dengan nilai RM47 bilion terutamanya disumbangkan oleh rantau Asia dalam sektor perkhidmatan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada akhir tahun 2017, kedudukan FDI di Malaysia berkembang kepada RM570.3 bilion berbanding RM547.4 bilion pada tahun 2016.

Jelas Jabatan Perangkaan Malaysia, perkembangan itu didorong oleh aliran masuk FDI yang berterusan ke negara ini.

“Statistik pelaburan itu adalah petunjuk penting untuk menentukan arah ekonomi Malaysia.

“Ia membantu mengenal pasti peluang baru dan meningkatkan akses pasaran bagi syarikat di Malaysia dan di luar negara,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, aliran FDI pada tahun 2017 disalurkan terutamanya dalam sektor perkhidmatan, khususnya dalam aktiviti hartanah, kewangan dan insurans/takaful serta maklumat dan komunikasi.

Manakala, perlombongan dan pengkuarian merupakan penyumbang kedua diikuti oleh sektor pembuatan.

“Rantau utama adalah dari Asia dengan sumbangan 63.5 peratus, diikuti Eropah dan Afrika.

“Bagi Asia, Hong Kong kekal sebagai negara pelabur utama, manakala China mengatasi Singapura sebagai penyumbang kedua terbesar,” jelas Jabatan Perangkaan Malaysia. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Jabatan Perangkaan Malaysiapelaburan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang paling penting dalam menentukan hala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd