• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Beri Amaran Keras Kepada Presiden Iran

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat(AS), Donald Trump membalas komen perang Presiden Iran, Hassan Rouhani kelmarin dengan memberi amaran kepada beliau mengenai ‘akibat buruk yang hanya menimpa segelintir dalam sejarah peradaban manusia’.

Amaran itu dinyatakan ketika AS meningkatkan kempennya ke atas Iran.

“JANGAN PERNAH MENGANCAM AS LAGI ATAU KAMU AKAN MERASAI AKIBAT BURUK YANG DIALAMI OLEH HANYA SEGELINTIR DALAM SEJARAH PERADABAN MANUSIA,” kata Trump yang menulis menggunakan huruf besar di akaun Twitter rasminya. Kenya­taan tersebut ditujukan kepada Rouhani.

Terdahulu, Presiden Iran itu memberi amaran kepada Trump untuk ‘tidak bermain dengan ekor singa’ dan menambah, konflik dengan Iran akan menjadi ‘ibu segala perang’.

Perang mulut tersebut mengimbau semula retorik perang antara Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sebelum kedua-dua pemimpin itu bertemu dalam satu sidang bersejarah di Singapura pada bulan lalu.

Trump menjadikan Iran sebagai sasaran ke­gemarannya sejak beliau mengambil pendirian untuk memulihkan hubungan dengan Korea Utara.

Kenyataan keras Pre­siden As itu dilontarkan selepas Setiausaha Negaranya, Mike Pompeo berkata bahawa Wa­shington tidak gentar untuk melaksanakan sekatan terhadap barisan pe­mimpin tertinggi Iran.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam memuji pendirian tegas Trump ke atas Iran.

“Saya ingin memuji pendirian tegas Presiden Trump dan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo terhadap dasar agresif rejim Iran,” kata Netanyahu sebelum memulakan mesyuarat Kabinet.

Iran merupakan musuh utama Israel dan Netanyahu pula sudah lama mendesak kuasa-kuasa antarabangsa agar mengambil pendekatan lebih tegas ke atas Teheran. – AFP/Kosmo Online

Tags: Iran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Sabu Wakili Malaysia ke Upacara Pengebumian Ali Khamenei Di Iran

Mat Sabu Wakili Malaysia ke Upacara Pengebumian Ali Khamenei Di Iran

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mewakili Malaysia menghadiri upacara pengebumian bekas pemimpin...

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd