• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Naik Taraf Elektrik Di Sabah

oleh Ahmad Albab
23/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menaik taraf talian elektrik di Sabah untuk meningkatkan keupayaan penyaluran bekalan elektrik dari pantai barat ke pantai timur, kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin.

Bagi tujuan itu, beliau berkata enam projek pengukuhan dan penaiktarafan grid dikenal pasti sebagai projek kritikal untuk memastikan keupayaan penyaluran antara 200 hingga 400 MegaWatt (MW) boleh dicapai.

“Enam projek itu ialah naik taraf talian 132 KiloVolt (kV) ke 275kV (Segaluid-Damrod); talian penghantaran baru 132kV (Segaluid-Seguntor); talian penghantaran baharu 132kv (Sandakan-Elopura-Seguntor); pencawang masuk utama (PMU) & PPU Bukit Nanas baru dan talian penghantaran baharu 132kV (TShun Nyen-Sandakan-Seguntor); PMU baharu dan talian penghantaran baharu 132kv Apas dan naik taraf talian pengagihan Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

“Jumlah perbelanjaan projek ini berjumlah RM840 juta dan tarikh siap semua projek dijangka akhir tahun 2021 ataupun awal tahun 2022,” katanya semasa menjawab soalan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) mengenai rancangan Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan perangkaan ‘System Average Interruption Index’ (SAIDI) di Sabah, dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

SAIDI ialah indeks yang digunakan untuk mengukur tempoh gangguan bekalan elektrik kepada pengguna dalam tempoh setahun.

Selain itu, Yeo berkata kerajaan sedang menimbang keperluan untuk melaksanakan beberapa projek lain untuk menambah baik pembekalan elektrik di Sabah.

“Contohnya, antara projek yang dipertimbangkan ialah Southern Link bernilai RM1.25 bilion iaitu talian elektrik di Selatan (Sabah) yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur dengan menyambung (grid) Kalumpang ke Mengalong.

“Talian sedia ada yang menyambung pantai barat ke pantai timur berada di utara Sabah, jadi dengan adanya Southern Link (talian selatan) maka grid di Sabah akan menjadi satu loop seterusnya akan menambahbaik lagi penyaluran elektrik dari pantai barat ke pantai timur,” katanya.

Susulan itu, kerajaan menetapkan sasaran untuk menurunkan kadar SAIDI di Sabah sebanyak 58 peratus kepada 100 minit/pengguna/tahun pada 2020.

“Untuk tahun 2017, kadar SAIDI di Sabah ialah 241 minit/pengguna/tahun berbanding 50 minit di Semenanjung Malaysia. Ia bermaksud untuk setiap tahun, setiap pengguna akan mengalami gangguan elektrik selama 241 minit iaitu lebih kurang empat jam. Pengguna elektrik di Sabah mengalami gangguan elektrik 4.8 kali ganda lebih kerap daripada pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: elektrikSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd