• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mom’s Laundrette Ambil Inisiatif Martabat Tulisan Jawi

oleh Cj Mnh
24/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Dalam usaha memartabatkan semula tulisan jawi, sebuah dobi layan diri terbesar di daerah ini, Mom’s Laundrette mengambil inisiatif menggunakan tulisan jawi pada setiap papan tanda arahan yang terdapat di dobi itu.

Pengarah Urusan Mom’s Laundrette Resources, Datuk Hamdan Othman berkata langkah itu diambil pihaknya berikutan penggunaan tulisan jawi dilihat semakin berkurangan, sekali gus memastikan khazanah Melayu itu masih terus dikenali ramai walaupun sudah berada di abad ke-21.

“Sesiapa sahaja boleh datang ke kedai ini tidak kira kaum dan agama pun kerana kita tidak mahu penggunaan tulisan jawi ini dilihat dari konteks perkauman yang sempit, ia lebih kepada inisiatif memperkenalkan semula tulisan jawi,”

Hamdan berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian dobi itu yang disempurnakan pemilik dobi berkenaan, Datuk Mohd Salleh Saidin di Taman Rakyat Mergong, hari ini.

Kesemua papan tanda di kedai dobi itu memaparkan arahan dan langkah penggunaan mesin pencuci serta pengering dalam bahasa Malaysia menggunakan tulisan jawi serta rumi.

​​​​​​​Seorang pelanggan, Putri Zaleha Abu Hasan, 25, berkata sebagai anak muda, beliau melihat inisiatif berkenaan amat bagus dan wajar dicontohi semua pihak.

“Saya tidak melihat usaha ini bersifat perkauman sebaliknya untuk membolehkan tulisan ini tidak pupus ditelan zaman…bukan saja orang Melayu malah kaum-kaum lain juga boleh belajar sedikit demi sedikit,” katanya.

Dobi berkenaan menyediakan 10 buah mesin cuci, masing-masing lapan unit dengan kapasiti 14 kilogram dan dua unit sebanyak 28 kilogram serta 16 unit mesin pengering berkapasiti masing-masing 16 dan 30 kilogram. – BERNAMA

Tags: Kedai Dobitulisan Jawi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tulisan Jawi ‘جوهر’ Hiasi Langit Stadium Sultan Ibrahim, Formasi Dron Pukau Penyokong JDT

Tulisan Jawi ‘جوهر’ Hiasi Langit Stadium Sultan Ibrahim, Formasi Dron Pukau Penyokong JDT

30/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Pertunjukan dron yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam ini sempena sambutan kejuaraan Liga Super ke-12 Johor...

Mayat Rentung Kemalangan Seorang Penuntut Kolej

‘Di Mana Bella? Dia Tak Pergi Kedai Dobi Pun…’

27/12/2023
0

BATU PAHAT: Kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella sejak hampir dua minggu lalu masih menimbulkan misteri meskipun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd