• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syura Nafi Buat Pembedahan Bibir Tapi…

oleh Ahmad Albab
23/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Syura Badron menafikan dia ada melakukan pembedahan pada bibirnya seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Bagaimanapun, Syura nama sebenarnya Zuraidah Badron, 33, mengakui ada menggunakan produk lips plumper untuk mungilkan bibirnya.

“Saya tak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik pada diri dan tak pernah melakukan suntikan di bibir.

“Kalau ikutkan, bibir saya sememangnya tebal bahagian bawah. Saya akui ada memakai produk untuk mungilkan bibir.

“Produk lips plumper tu saya gunakan dalam 30 saat sebelum memakai gincu dan menjadikan bibir saya lebih tebal,” kata Syura kepada mStar Online.

Perubahan fizikal Syura yang ketara kini (kiri) dan dahulu.

Syura diminta mengulas mengenai gosip di sebuah akhbar tempatan mengatakan dia seperti membuat pembedahan pada bibirnya untuk kelihatan mungil.

Menerusi laporan tersebut, agak mustahil perbezaan bentuk bibirnya disebabkan proses kurus yang dilaluinya kini atau kesan khas solekan.

Tambah Syura, dia tidak akan melakukan sesuatu atau memakai produk yang akan membahayakan dirinya.

“Saya memang suka mencuba sesuatu yang baru untuk cantikkan diri. Tapi sebelum cuba produk itu, saya akan pastikan ia tidak membahayakan diri.

“Takkan la saya nak buat pembedahan plastik yang boleh memudaratkan diri saya sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas peserta program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) ini akui pernah dituduh mengambil dadah disebabkan keadaan badannya semakin kurus.

Menurut Syura, dia sudah lali dengan tuduhan tersebut dan tidak kisah dengan gosip sebegitu selagi ia tidak menjatuhkan maruahnya.

“Sebelum ini pun ada macam-macam orang kata pasal saya. Ada yang kata saya kurus sebab ambil dadah.

“Sedangkan saya tak pernah ikut jalan mudah untuk dapatkan sesuatu. Saya sendiri tidak sedar diet yang saya lakukan ni sampai boleh jadi kurus seperti sekarang.

“Tapi saya tak kisahlah gosip-gosip fasal saya. Janji tidak sampai menjatuhkan maruah saya,” katanya.

Menerusi laporan mStar Online pada 30 Mei lalu, Syura berjaya menurunkan berat badannya kepada 48 kilogram daripada 60 kilogram dengan mengikut cara diet yang betul. – mStar Online

Tags: penyanyiSyura Badron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd